Tuesday, April 5

Mutiara Kata

Cinta kepada bunga akan layu, cinta kepada manusia akan berpisah jua tetapi cinta kepada Allah s.w.t akan kekal abadi.



Seseorang tidak akan menguruskan tanggungjawab yang benar dalam hidupnya walhal dia ibuk menguruskan tanggungjawab yang salah dalam hidupnya - Mahatma Ghandi.

Air mata membersihkan hati dari penyakit yang membenci dan mengajar manusia untuk tidak menderita dengan mereka yang patah hati - Odith.

Buah akal adalah ilmu pengetahuan, buah jiwa adalah iman dan buah fizikal adalah kemajuan.




Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

Nafsu menyatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal menyatakan wanita cantik pada ilmunya dan hati menyatakan wanita cantik pada akhlaknya.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia umpama kaca yang bersinar-sinat tetapi tidak berkerlipan.



Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar, shabat yang setia ibarat pewangi yang mengharum, sahabat sejati ibarat pendorong dan sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Sahabat yang baik akan bercakap benar dan bukan hanya membenarkan kata-kata.



Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik leka.

Usah dituruti emosi kerna implikasi tidak setaraf imaginasi.

Orang Aceh sedang sembahyang,
Hari jumaat tengah hari,
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandai menjaga diri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget