Tuesday, March 29

Bersugi Untuk Cerdas

Ilmuan Islam berpendapat bahawa menjaga kebersihan gigi dengan menggunakan kayu sugi memberi kesan terhadap kecerdasan seseorang. Saidina Ali bin Abi Talin r.a. pernah berkata, "Ada tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham (lendirian dalam tubuh yang menyebabkan kelupaan dan kemalasan) iaitu bersugi, berpuasa dan membaca al-Quran".

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Bersugilah kamu, sesungguhnya didalamnya terdapat kebaikan untuk mulut dan keredhaan Allah s.w.t" -  hadis riwayat Ibnu Abbas r.a.



Beberapa buah hadis lain membincangkan dan menerangkan faedah-faedah membersihkan gigi dengan menggunakan kayu sugi. Pakar-pakar perubatan Islam dan ulama pula menyenaraikan kelebihan bersugi atau bersiwak. Antaranya:


  • mempertajamkan ingatan
  • menambahkan kecerdasan
  • menghilangkan balgham
  • menerangkan mata
  • memutihkan gigi
  • menghapuskan safra' (sejenis penyakit)
  • menghilangkan kekuningan pada gigi
  • menimbulkan selera makan
  • menghilangkan sakit gigi
  • menambahkan kefasihan lidah
  • menolong menghadam makanan

Walaubagaimanapun, kelebihan-kelebihab ini hanya akan diperoleh sekiranya kita mengamalkan bersugi dengan cara yang betul dan konsisten. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget