Tuesday, September 13

sekian lama..

Macam dah lama aku menghilang dari blog sendiri walaupun memang lama. Bukan malas tapi tak cukup masa nak update. Sibuk dengan jadual harian dan kerja part time yang padat. Walaupun bukan kerja tetap tapi tumpuan perlu diberikan juga sebab kerja tu melibatkan nama aku jugak kan. Bukan boleh main-main untuk suka-suka.

Kalau orang lain kerja hanya untuk suka-suka menghabiskan masa terluang dekat rumah tapi aku bekerja untuk manfaat diri sendiri. Bidang yang aku bekerja berkaitan dengan apa yang aku belajar. Jadi, kena la focus lebih. Dah macam focus belajar lak. Haha...

Macam mana pun aku dah update blog ini lepas seorang kawan aku nak cari page facebook tapi terjumpa blog ini. Aku macam malu-malu kucing terus buka fail lama cari email dengan password blog ini.

Baguskan aku simpan email dengan password merata-rata. Haha... Tapi apakan daya aku ni mudah lupa. Jadi, kena la simpan dengan baik untuk kegunaan masa hadapan.

Sekian. Nanti boleh update lagi. Main Facebook pun kadang-kadang bosan gak..

Monday, May 2

Indahnya Hidup



Dalam usia yang makin rapuh, tidak mungkin akan berasa lengkap tanpa mengenali erti sebuah kehidupan. Keadaan sekeliling yang nampak sayu kadang-kadang dan malap mungkin sekali tidak seceria hari-hari yang pernah dilalui dulu. Namun, tugas sebagai insan yang lemah disisi yang MAHA PENCIPTA tidak sama sekali harus dilupakan. Tetapi itu bukan bererti kita lemah dan pasrah.

Keadaan dan masa akan berlalu membawa suka duka sebagai bukti sejarah dan pengajaran hidup kepada insan yang bergelar manusia. Tidak kita ketahui dari mana sumber kekuatan dan kelemahan kita. Saban hari, setiap detik dilalui dengan segala macam ragam. 



Sentiasa diungkapkan takdir mengatasi tadbir. Memilih untuk keadaan dan masa hadapan adalah sangat perlu, demi menjamin masa hadapan DIA memberikan kita, manusia hak memilih. Kita yang akan mencorakkan masa hadapan kita sendiri. Bukan orang lain, tiada sesiapa yang berhak terhadap diri ini selain jasad dan roh orang itu sendiri tetapi tidak dilupakan DIA.

Setiap hari, jalan yang dipilih hampir sama namun, berbeda sekiranya kita perhalusi dengan hati tetapi bukan dengan akal fikiran semata-mata. Tiada sesiapa yang akan memahami konsep yang dibina oleh seseorang itu selain dari dirinya. Mereka hanya mampu untuk menghina mahupun mengeji tetapi, itulah jalan yang cuba dibina oleh seseorang manusia itu sendiri.

Tidak perlu ditegaskan kepada manusia lain mengapa dan kenapa perlu kita mengorak corak dan langkah demi mencapai sesuatu yang diimpikan. Jika ditanya tidakkah mereka juga mempunyai impian? Sudah pasti jawapannya, YA. Tetapi, tidak pula mereka mengambil berat hal peribadi mereka tetapi sanggup menghabiskan masa untuk mengganggu-gugat hak peribadi insan lain yang sudah pasti kita semua ketahui akan termaktubnya dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN akan HAK PERIBADI masing-masing.



Tidak perlu diungkapkan mereka akan perilaku seseorang manusia itu kerna itu adalah HAK mereka. Sangat keji sekiranya mereka mengikut perasaan mereka tanpa mengendahkan perasaan insan lain. Tapi, apakan daya. Itulah lumrah kejadian manusia. Mereka tidak akan lari dari sifat dengki, buruk sangka dan segala macam perkara yang akan dan boleh menjejaskan akal fikiran. Kita mempunyai pegangan yang jelas lagi jitu akan arah kehidupan yang perlu dicorakkan dan ditempuhi. Tidak sama sekali terlintas untuk mengingkari sekiranya pegangan itu sentiasa kukuh dalam sanubari kita.

Friday, April 15

Seorang

Aku tak mahu menyakitkan hati orang tapi kenapa orang suka nak sakitkan hati orang lain? Aku dah bosan dengan semua tingkah laku yang tidak diduga yang selalu dimainkan oleh segelintir manusia yang kadang-kadang aku anggap seperti wayang.


Aku sangat-sangat mengharap tak ada orang nak masuk campur dalam urusan peribadi aku. Selalu aku terfikir untuk memanupulasi keadaan. Tapi, kalau semua itu terjadi, sudah pasti aku akan kehilangan rakan yang baru dikenali yang sesungguhnya tidak mengenali diri ini dengan tepat. 

Tidak semua manusia sama, "THE ONLY ONE" telah menetapkan semua manusia adalah berbeza. Kembar yang dikatakan sama dari segi perwatakan juga mempunyai perbezaan dari segi DNA mereka, inikan pula manusia yang tidak punya apa-apa seperti aku.



Aku berharap mereka walaupun tidak dapat memahami aku sepenuhnya tetapi cuba untuk menghormati keputusan yang telah aku buat. Adakah kesilapan aku kerana mengenali mereka dan berkawan terlalu rapat? Semua ini terjadi terlalu pantas tanpa sempat aku membuat keputusan dan aku tidak punya kekuatan mahupun penyokong yang kuat untuk menegakkan keputusan aku. Sampai bila semua ini akan berakhir. Aku menantikan saat itu, saat yang aku akan bergembira dengan sepenuh hati tanpa apa-apa prasangka buruk dan sudah pasti ada manusia yang berhati busuk akan terus memburukkan aku. Tapi, aku sudah tidak peduli, bila sampai masanya nanti, akan aku luahkan apa yang terbuku dihati ini. Walaupun, mereka tidak setuju dengan cara aku, tapi itulah aku. Tiada sesiapa boleh menentukan dan mencorakkan kehidupan aku.

Bila mereka gembira, tiada sesiapa yang peduli aku tetapi bila mereka memerlukan sesuatu, mereka memanggil aku dengan muka palsu dan ayat-ayat manis mereka. Masakan mereka ini boleh digelar kawan? Aku sudah bungkam untuk memikirkan semua masalah yang kadang-kadang dicetuskan oleh aku dan masalah ini dikuatkan lagi oleh mereka.


Hilang kenalan tidak mungkin akan memberi kesan terhadap keseluruhan hidup aku. "Nobody perfect". Aku datang ke sini seorang diri dan sesungguhnya aku akan kembali seorang diri.

Monday, April 11

Kenalan | Kawan | Rakan | Sahabat

Aku rasa macam dah buat post ni. Tapi entah kenapa aku rasa macam nak buat sekali lagi dikala hati tengah meruncing. Betul la kata orang, "Datang seorang diri, balik pun seorang diri".

Kenalan | Kawan | Rakan | Sahabat adalah empat perkataan yang membawa maksud luaran yang sama tetapi dari segi dasarnya pula maksud perkataan-perkataan ini adalah berbeza sama sekali.

Kenalan adalah orang yang kita kenal tetapi tidak bermaksud kita akan berkongsi segala masalah dengan insan yang bergelar kenalan. Kenalan juga hanya hadir bila kita bersuka atau gembira. Tetapi, kita akan dibiarkan keseorangan bila kita sedih.

Kawan pula adalah insan yang mengetahui sedikit sebanyak tentang isi hati kita tetapi itu juga tidak bermaksud kawan ini mengetahui segala perangai baik dan buruk kita. Kawan mungkin mengetahui perangai buruk kita dan mungkin juga insan yang bergelar kawan ini akan melakukan perkara tidak senonoh dibelakang kita seperti mengutuk, mengumpat dan mengeji kita dihadapan orang lain tetapi dihadapan kita, 'pijak semut pun tak mati'.

Rakan merupakan peringkat yang menghampiri sahabat namun mereka ini mengetahui hampir segala hal ehwal semasa kita. Tetapi perangai dan tingkah laku insan yang bergelar rakan hampir sama dengan kawan. Kita tidak boleh meletakkan sepunuh kepercayaan terhadap insan yang bergelar rakan kerana mungkin mereka yang bergelar rakan ini juga suatu hari nanti akan "belot" sekiranya pergaduhan tercetus.

Sahabat adalah insan yang paling mulia disisi. Insan ini akan menerima kita baik dan buruk, akan sentiasa berada disisi kita bila kita gembira dan juga sedih. Mereka jugalah antara yang paling boleh dipercayai selain daripada keluarga kerana bukan mudah untuk membentuk seorang sahabat yang sejati.

Sekian, sedikit nukilan dari hati yang sedang dingin dan membeku.

Friday, April 8

Bila Rasa Bersalah Menghantui Diri

Hurm.. Rasa malas bila berbicara pasal perasaan. Semua persoalan timbul bila hendak mula menaip pasal perasaan. Malangnya tidak ada sesiapa pun yang boleh memahami perasaan ini secara telus dan semestinya saya tidak akan membiarkan perasaan ini menguasai diri ini atau difahami oleh orang lain kerana semua orang tidak akan sama sekali memahami perasaan ini. 



Setelah bertahun melalui hidup penuh liku seorang diri, tidak mungkin dapat diwujudkan perasaan kasih dan sayang terhadap insan lain walaupun telah dicuba sepenuh hati. Semuanya bagaikan gagal ditengah jalan. Tidak mahu menyakitkan hati orang lain tetapi hati sendiri bagaikan dibiarkan terapung tanpa sebarang penjagaan serius. Kenapa perlu bertindak sedemikian? Tidak adakah jalan lain yang boleh mengubati hati ini? Dunia yang penuh dengan warna-warni, hanyalah kosong bagiku.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

(This "poem" I got from http://mizzatendiary.blogspot.com)

Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan
Air mata kerana ibu bapa 1 penghormatan
Air mata kerana kekasih 1 penyesalan
Air mata kerana Allah 1 keberkatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget