Friday, January 21

Pelik

Setiap pagi dari hari Isnin sehingga Khamis, kereta kecilku ini akan dipanaskan enjin bermula seawal 7.30 a.m dan setiap hari Jumaat, enjin akan dipanaskan pada pukul 8.30 a.m. Kejadian sangat pelik ini berlaku pagi tadi(21 Januari 2011)

Sedari aku, baru semalam, kereta kecilku bergerak bebas dijalan raya. Dipandu dengan berhemah oleh pemandu yang berhemah dan dipandu dengan bangga oleh pemandu yang berjaya menuju ke merata tempat yang difikirkan oleh pemandunya.

Namun, kejadian pelik yang menimpa kereta kecilku ini sangat-sangat membingungkan aku. Aku bangun sangat awal (pelik gak) pada pukul 6.00 a.m. Setelah siap memakai baju untuk pergi ke kelas (lab Analytical Chemistry pertama sem nih) yang akan bermula pada pukul 9.00 a.m. Aku tercari-cari dimanakah kedudukan kunci kereta kecilku. Aku hairan dengan kedudukan kunci kereta kecilku itu. Aku berusaha bersama-sama abangku untuk mencari kunci tersebut kerana abangku itu merupakan orang terakhir yang memegang kunci tersebut (kalo dia tak cari mmg nk kena tumbuk la).



Namun, kunci tersebut tetap tidak dijumpai, aku mula berasa risau dengan situasi tersebut kerana risau (takut sebenarnya) kelas pertama dengan Cik Zawani tidak dapat aku hadiri. Lepas mula berasa gelisah, aku menyuruh abang aku menghantar ke kelas dengan motosikalnya. Aku tiba sedikit lewat ke makmal. (hehe..)

Semasa sedang membuat experiment, aku menerima mesej yang menyatakan kunci kereta kecilku itu telah ditemui dan menjadi persoalan "mengapa kedudukan kunci tersebut dijumpai disitu?" sedangkan aku telah mencari berkali-kali disitu. Persoalan yang menari-nari dibenak fikiranku ketika ini, siapakah manusia yang tidak bertanggungjawab yang MUNGKIN telah mencuri kunci tersebut dan meletakkan kunci tersebut disitu. Apa yang telah manusia itu lakukan (menodai) kunci keretaku?? Pelik namun tiada siapa yang mampu untuk memberikan jawapan kepada aku.


Siapakah manusia yang tidak bertanggungjawab itu?

Thursday, January 20

Demam !

Baru minggu ke-3 kat Arau, aku dah demam. Penat atau perubahan cuaca yang menyebabkan perubahan suhu badan aku? Dah 2 tempat aku pegi semata-mata nak mencari ubat supaya cepat sembuh. Semalam (18.01.2011) aku pegi Hospital Kangar, terima kasih kat doktor kat bilik 1 yang sangat-sangat baik. Tapi, dia tak bole bagi MC sebab dah malam, kecuali kes-kes kritikal jer diorg akan bagi MC.

Pagi tadi (19.01.2011) 2 jam dalam kelas Mr. Shukri, pensyarah Inorganic Chemistry, aku tido je. Penat sangat kot, lecturer tu mesti perasan sebab kepala aku terhangguk-hangguk. haha... Yang sedihnya, 10 minit terakhir, ada quiz. Mesti la aku tak bole wat quiz tuh sebab aku tak study apa-apa pun. Malam sebelum, aku tido jer. Masuk kelas pun aku tido gak.



Lepas kelas, baru pegi Unit Kesihatan. Pastu, dgn muka 10sen, aku mintak MC kat MA tu. Dia perli sket, tapi, dia bagi gak. haha....

Lepas dh dpt MC, dengan hati yang berbunga-bunga, pi makan. Pastu, balik kampus tunggu untuk kelas Unit Operation. Lepas 4 jam menunggu, ada budak kelas hantar message cakap kelas cancel. Tunggu lagi, berambus je la. Sebab ada MC, aku pun tidoq. Bangun pukul 7.30pm yang memang confirm aku dah terlepas kelas Thermodynamic.

Selera nak makan pun kurang, otak malas nak berfikir, menaip blog nih pun sebab rasa macam dah lama tak update pape kat sini. huhu... 

Harap-harap, demam+sakit tekak+selesema+batuk ni akan cepat sembuh. Esok pagi ada kelas Analytical Chemstry pukul 8am. Saya nak tido dulu. Ubat dah makan, comfirm nyenyak aku tido sampai pagi esok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget