Tuesday, September 1

1Malaysia




Matlamat Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 mahu seluruh rakyat Malaysia bersatu padu demi mencapai apa yang dihajati. Setelah 52 tahun tanah ini bebas daripada cengkaman penjajah, kita boleh lihat sendiri macam mana perubahan demi perubahan yang berlaku di atas tanah tercinta ini.

Walaupun, tidak pernah mengetahui apatah lagi merasai apa yang telah dilalui oleh warganegara 50 tahun yang lepas, rakyat Malaysia kini boleh berbangga dengan pencapaian yang dikecapi.

Bukan nak cakap besar dengan pencapaian yang tidak seberapa ini, namun, kita juga boleh melihat keadaan sekeliling kita, negara-negara yang telah merdeka lebih awal berbanding Malaysia, tetap mundur dan negara kita, Malaysia, telah melangkah jauh ke hadapan meninggalkan orang lain yang masih terkontang-kanting mencari ilham untuk melangkah seiring dengan Malaysia.

Satu lagi contoh terbaik, negara bekas tanah jajahan British yang mendapat kemerdekaan sama tarikhnya dengan Malaysia, apa kajayaan yang dikecapi oleh negara tersebut? Negara itu terpaksa merayu untuk sesuap nasi sedangkan Malaysia semakin jauh berlayar dengan anak-anak kapalnya dan jurumudi yang terbaik serta memiliki nakhoda yang terbilang. Betpa bertuahnya Malaysia.

Hasil negeri yang tidak terhitung banyaknya turut menyebabkan negara ini menjadi tumpuan sejak dahulu lagi. Segala-galannya terbukti dengan tercatatnya segala kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka dalam lipatan sejarah.

Segala yang dikecapi hari ini oleh Malaysia adalah hasil uasaha gigih seluruh rakyat Malaysia yang hidup dengan saling bergantungan antara satu sama lain. Sikap toleransi yang telah ditonjolkan telah menjadikan suara kecil dari sudut terpencil Asia Tenggara ini mampu menggegarkan persidangan PBB.

Suara yang dahulunya langsung tidak dihiraukan oleh sesiapa pun, kini, setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin Malaysia mendapat perhatian seluruh dunia.

Kita telah melihat banyak kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Pastinya kita semua mahu mempertahankan kejayaan ini daripada dirosakkan atau dicabuli oleh sesetengan pihak yang dengki dengan hasil kejayaan yang dicapai kita hari ini.

Takkan kerna nila setitik, habis rosak susu sebelanga yang telah dilindungi berkurun lamanya. Demi kejayaan para pemimpin terdahulu, untuk mencapai kemerdekaan, untuk membentuk perpaduan yang erat seperti sekarang, kita haruslah mengorak langkah, menuju cita-cita demi kegemilangan Malaysia. 1Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52 Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget