Saturday, March 26

Kenapa Si Jejaka Kadang-Kadang Dingin Dalam Cinta

Kaum adam mempunyai keinginan cinta yang mungkin jauh berbeza dengan apa yang diingini oleh kaum hawa. apatah lagi di saat wanita itu memerlukan cinta. Antara sebab-sebab utama:

  • Sang jejaka tidak yakin dengan cinta - Jejaka tidak yajin dengan perasaannya dan hubungan yang terjalin mungkin disebabkan pengalaman masa lalunya.
  • Takut dengan tohmahan - Isu sekeliling mungkin menjadi igauan lelaki untuk bercinta. Reaksi yang bakal diterima yan diberikan oleh masyarakat sekeliling seperti rakan-rakan dan ahli keluarga sebenarnya sangat mempengaruhi dan memberikan impak yang besar terhadap hubungan yang bakal dan mungkin terjalin.
  • Pengalaman zaman kanak-kanak - Si jejaka mungkin berasal dari keluarga yang kurang kasih sayang dari kedua ibu bapanya. Sewaktu kecil, si dia mungkin tidak mendapat kasih sayang daripada ibubapa yang mungkn sibuk bekerja mencari rezeki.
  • Tidak tahan dengan sikap mendesak -  Lelaki tidak suka untuk bercakap perkara yang dianggap remeh tetapi penting bagi wanita seperti, "you sayang I tak?". Sikap selalu mendesak boleh menyebabkan lelaki berfikir dua kali untuk menjalinkan hubungan.
  • Tidak suka dikongkong - Lelaki lebih suka kehidupan yang bebas, boleh pergi ke mana jua tanpa perlu memberitahu si dia. Kadang-kadang lelaki rimas sekiranya orang lain berada terlalu dekat dengannya kerana dia memerlukan ruang untuk dirinya sendiri.

Namun, jika si dia tidak menghubungi anda dalam masa sehari dua, jangan cepat berprasangka buruk terutama menuduhnya sedang menjalin hubungan dengan wanita lain. Ingat, lelaki mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya. Walaupun mereka terus bersikap sedemikian, tidak bermakna mereka tidak menyintai dan enggan bermesra dengan pasangan.

Friday, March 25

Experience?

Orang cakap, orang cakap bukan aku cakap, dalam sesuatu perhubungan tolak ansur sangat penting. Tapi, selalunya tolak ansur itu ditolak bulat2 kepada sang jejaka. Tiada sedikit pun rasa bersalah oleh kaum hawa. Tapi, apakan daya kerana itu adalah lumrah hidup didunia yang penuh dengan pancaroba ni.

Tak tau sapa yang salah, sapa yang perlu bertolak ansur tetapi dari pengalaman kawan2 aku, dua2 perlu bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Proses mengenali memang mengambil masa yang lama, sebab tu la orang tak terus kawen lepas kenal sehari. Proses "mengenali hati budi" la katanyer. hehe...

Tapi, macam betul juga apa yang dikatakan, proses mengenali hati budi tu yang penting. Kalau boleh bergerak seiring sejalan, dua pasang kaki melangkah naik ke pelamin. Kalau tak, berpisah la dua pasang kaki tu menuju ke haluan yang bertentangan.


Hari tak selalunya cerah, kadang2 mendung, kadang2 hujan. Macam tu la kehidupan harian kita. Hidup tak selalunya indah, perhubungan pun sama, ada pasang surut. Itulah kehidupan harian yang perlu kita tempuhi selagi nyawa dikandung badan. 

saya minta maaf

Saya minta maaf kalau saya ada buat awak terasa atau marah dengan tindak tanduk saya. Saya memang tak perasan kalau awak terasa. Bukan saya tak nak amek tahu atau bagi respon dengan segala percakapan awak tapi, saya tak pasti kalau respon yang bakal saya bagi boleh membantu awak. Saya tak mahu dikecewakan berkali-kali. Saya dah serik untuk sesuatu yang tidak pasti. Saya harap awak faham keadaan dan situasi saya kerana saya pasti awak juga pernah merasai perasaan yang sama. Saya minta maaf lagi. Kalau awak perlukan masa untuk mengubati luka awak tu, saya faham. Itu hak awak untuk mengubati hati awak. Saya minta maaf..

Wednesday, March 23

I | Me | Shafik

Dulu, masa awal-awal buat blog nih, kononnya banyak sangat idea siap tulis dalam buku lagi. Rancang macam-macam. Tapi, bila dah buat blog, semua tu macam tinggal kenangan jer. Buku tu pun hilang entah ke mana. haha...



Antara yang di-plan, nak wat blog yang berunsurkan kemanusiaan la, pasal haiwan la, tempat-tempat menarik kat dalam dan luar negara (tapi, aku ni jenis yang malas nak berjalan/melancong), info yang menarik (idea nak ambil dari info/kajian orang sbb aku ni x reti nak wat kajian sendiri, tapi, nampak cam meniru idea orang), macam-macam la idea yg di-plan pasal blog nih. Tapi, alih-alih, semua tu dah tak nampak bayang pun sebab kalau dah tulis dalam buku, malas dah nak salin balik masuk dalam blog nih. Biar la idea-idea tuh bersemadi dan kekal dalam buku tu.

Tapi, lepas pikir punya pikir, lagi bagus aku wat blog nih sebagai tempat untuk berkongsi kisah suka dan duka je la. Lagi senang dan memudahkan kerja. Tak payah nak pening-pening pikir ayat panjang-panjang, kena perah otak untuk karang ayat panjang. Mana-mana ayat yang terlintas, aku tulis jer la. haha....

Jadi, mulai hari ini, blog aku ni secara rasminya akan menjadi tempat untuk aku meluahkan perasaan. InsyaAllah, semua kisah aku akan dikongsi kat dalam ni. Tapi, kalau masa tak cukup, memang tak kan nampak la bayang aku kat dalam ni. hehehe....

Tuesday, March 22

Libya Declares Cease-Fire After UN Vote for No-Fly Zone

A cease-fire was declared by the Libyan government of Moammar Gadhafi, shortly after it was announced that the UN was prepared to actively enforce a newly approved no-fly zone over Libya. The purpose of the no-fly zone was to protect Libyan citizens from Pro-Gadhafi forces who had been routing them as of late. After early gains by the rebels in their uprising against Gadhafi, government forces rebounded strongly and took back many of the positions established by the rebels during the early days of the uprising.

Because of tribal breakdowns, Libya's population is not quite as unified in their beliefs as other countries, like Egypt and Tunisia. As a result, fighting often breaks out among the disparate groups and a coordinate uprising is a difficult logistical challenge.

As NATO forces awaited orders to enforce the Libyan no-fly zone, Foreign Minister Moussa Koussa announced that Libya is stopping all military operations and has declared a cease-fire. It's difficult to predict exactly what that will mean for the situation on the ground, considering that a fairly large rebel force has amassed to do battle with Libyan government forces.

By essentially siding with the rebel forces in its announcement of a no-fly zone, the UN has placed itself in a somewhat difficult position. Will the UN step in if rebel forces once again begin taking control of Libyan ports and cities by means of violence? Will western powers expert pressure on Gadhfi to step down or provide incentives for him to do so? All of this remains to be answered as the Libyan crisis enters a new phase


"Shortly after the United Nations approved enforcement of a no-fly zone over Libya, Moammar Gadhafi's forces declared a cease-fire."

By Buzzle Staff and Agencies
Published: 3/18/2011

Minat | Suka | Sayang | Cinta

Minat ~ Perasaan terhadap seseorang yang mempunyai kelebihan untuk dimanfaatkan dan boleh memghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.


Suka ~ Dia disukai ramai kerana sifat kelakar dan senang bergaul dengan semua orang dan berasa sangat senang bila berada bersama dengannya namun si dia tidaklah dirindui setiap hari.


Sayang ~ Dia sangat diperlukan semasa mahu meluahkan perasaan, kisah duka dikongsi bersama agar si dia dapat memberikan nasihat.


Cinta ~ Mengharapkan yang kita memiliki si dia dan setiap aktiviti yang dilakukan seperti mengharapkan mendapat perhatian dari si dia, mencuba untuk tidak menyakitkan hati si dia, dan mencuba seupaya mungkin untuk memakbulkan permintaan si dia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget