Saturday, March 26

Kenapa Si Jejaka Kadang-Kadang Dingin Dalam Cinta

Kaum adam mempunyai keinginan cinta yang mungkin jauh berbeza dengan apa yang diingini oleh kaum hawa. apatah lagi di saat wanita itu memerlukan cinta. Antara sebab-sebab utama:

  • Sang jejaka tidak yakin dengan cinta - Jejaka tidak yajin dengan perasaannya dan hubungan yang terjalin mungkin disebabkan pengalaman masa lalunya.
  • Takut dengan tohmahan - Isu sekeliling mungkin menjadi igauan lelaki untuk bercinta. Reaksi yang bakal diterima yan diberikan oleh masyarakat sekeliling seperti rakan-rakan dan ahli keluarga sebenarnya sangat mempengaruhi dan memberikan impak yang besar terhadap hubungan yang bakal dan mungkin terjalin.
  • Pengalaman zaman kanak-kanak - Si jejaka mungkin berasal dari keluarga yang kurang kasih sayang dari kedua ibu bapanya. Sewaktu kecil, si dia mungkin tidak mendapat kasih sayang daripada ibubapa yang mungkn sibuk bekerja mencari rezeki.
  • Tidak tahan dengan sikap mendesak -  Lelaki tidak suka untuk bercakap perkara yang dianggap remeh tetapi penting bagi wanita seperti, "you sayang I tak?". Sikap selalu mendesak boleh menyebabkan lelaki berfikir dua kali untuk menjalinkan hubungan.
  • Tidak suka dikongkong - Lelaki lebih suka kehidupan yang bebas, boleh pergi ke mana jua tanpa perlu memberitahu si dia. Kadang-kadang lelaki rimas sekiranya orang lain berada terlalu dekat dengannya kerana dia memerlukan ruang untuk dirinya sendiri.

Namun, jika si dia tidak menghubungi anda dalam masa sehari dua, jangan cepat berprasangka buruk terutama menuduhnya sedang menjalin hubungan dengan wanita lain. Ingat, lelaki mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya. Walaupun mereka terus bersikap sedemikian, tidak bermakna mereka tidak menyintai dan enggan bermesra dengan pasangan.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget