Friday, March 25

Experience?

Orang cakap, orang cakap bukan aku cakap, dalam sesuatu perhubungan tolak ansur sangat penting. Tapi, selalunya tolak ansur itu ditolak bulat2 kepada sang jejaka. Tiada sedikit pun rasa bersalah oleh kaum hawa. Tapi, apakan daya kerana itu adalah lumrah hidup didunia yang penuh dengan pancaroba ni.

Tak tau sapa yang salah, sapa yang perlu bertolak ansur tetapi dari pengalaman kawan2 aku, dua2 perlu bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Proses mengenali memang mengambil masa yang lama, sebab tu la orang tak terus kawen lepas kenal sehari. Proses "mengenali hati budi" la katanyer. hehe...

Tapi, macam betul juga apa yang dikatakan, proses mengenali hati budi tu yang penting. Kalau boleh bergerak seiring sejalan, dua pasang kaki melangkah naik ke pelamin. Kalau tak, berpisah la dua pasang kaki tu menuju ke haluan yang bertentangan.


Hari tak selalunya cerah, kadang2 mendung, kadang2 hujan. Macam tu la kehidupan harian kita. Hidup tak selalunya indah, perhubungan pun sama, ada pasang surut. Itulah kehidupan harian yang perlu kita tempuhi selagi nyawa dikandung badan. 

2 comments:

  1. Shafik Jiwang.. Haha.. Ape kes kau shafik?? Putus cinta ke?

    ReplyDelete
  2. xde la. cinta putus aku. hahaha... xdak sapa nak kat ceq nih except sorg budak busuk tuh. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget