Thursday, August 13

Tinggal kenangan




Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Sekarang, jenazah sedang dimandikan dan dikafankan di hospital itu sebelum dibawa ke rumah arwah di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar.

Balu arwah, Haliza Shahadan turut hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.

Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.

"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

al-Fatihah

Sekitar pukul 2.21 petang, sedang aku memandu kereta menuju ke KFC sambil sedang leka mendengar lagu dari corong radio. Tiba-tiba penyampai stesen radio berkenaan menyampaikan satu berita sedih yang sangat mengejutkan.

Pagi ini, dunia hiburan kehilangan satu lagi bintang yang sangat disegani oleh kawan dan lawan. Pemergian vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim, 40. Beliau disahkan meninggal dunia sekitar pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media untuk program yang dihoskan oleh beliau, "Syahadah" di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM).




Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Laman web rasmi Kumpulan Rabbani www.rabbani.com.my

Monday, August 10

Sunday, August 9

Kelemahan

Seorang bekas menteri pertahanan Israel pernah mendedahkan Kelemahan Sistem Petahanan Isreal kat media massa Negara-negara Arab dan dicetak dalam majalah dan diedarkan ke seluruh Tanah Arab. Lepas ditegur oleh cabinet Israel, bekas menteri tu dengan tenang menjawab:

Orang Islam ni..

Kalo lalu didepan kedai buku, belum tentu dia akan masuk.

Kalo masuk pun, belum tentu dia akan beli buku.

Kalo beli pun, belum tentu dia akan baca buku tu.

Kalo baca pun, belum tentu dia akan ingat ayat tu.

Kalo ingat pun, belum tentu dia akan mengaplikasikan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget