Thursday, August 13

al-Fatihah

Sekitar pukul 2.21 petang, sedang aku memandu kereta menuju ke KFC sambil sedang leka mendengar lagu dari corong radio. Tiba-tiba penyampai stesen radio berkenaan menyampaikan satu berita sedih yang sangat mengejutkan.

Pagi ini, dunia hiburan kehilangan satu lagi bintang yang sangat disegani oleh kawan dan lawan. Pemergian vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim, 40. Beliau disahkan meninggal dunia sekitar pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media untuk program yang dihoskan oleh beliau, "Syahadah" di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM).




Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Laman web rasmi Kumpulan Rabbani www.rabbani.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget