Friday, January 21

Pelik

Setiap pagi dari hari Isnin sehingga Khamis, kereta kecilku ini akan dipanaskan enjin bermula seawal 7.30 a.m dan setiap hari Jumaat, enjin akan dipanaskan pada pukul 8.30 a.m. Kejadian sangat pelik ini berlaku pagi tadi(21 Januari 2011)

Sedari aku, baru semalam, kereta kecilku bergerak bebas dijalan raya. Dipandu dengan berhemah oleh pemandu yang berhemah dan dipandu dengan bangga oleh pemandu yang berjaya menuju ke merata tempat yang difikirkan oleh pemandunya.

Namun, kejadian pelik yang menimpa kereta kecilku ini sangat-sangat membingungkan aku. Aku bangun sangat awal (pelik gak) pada pukul 6.00 a.m. Setelah siap memakai baju untuk pergi ke kelas (lab Analytical Chemistry pertama sem nih) yang akan bermula pada pukul 9.00 a.m. Aku tercari-cari dimanakah kedudukan kunci kereta kecilku. Aku hairan dengan kedudukan kunci kereta kecilku itu. Aku berusaha bersama-sama abangku untuk mencari kunci tersebut kerana abangku itu merupakan orang terakhir yang memegang kunci tersebut (kalo dia tak cari mmg nk kena tumbuk la).



Namun, kunci tersebut tetap tidak dijumpai, aku mula berasa risau dengan situasi tersebut kerana risau (takut sebenarnya) kelas pertama dengan Cik Zawani tidak dapat aku hadiri. Lepas mula berasa gelisah, aku menyuruh abang aku menghantar ke kelas dengan motosikalnya. Aku tiba sedikit lewat ke makmal. (hehe..)

Semasa sedang membuat experiment, aku menerima mesej yang menyatakan kunci kereta kecilku itu telah ditemui dan menjadi persoalan "mengapa kedudukan kunci tersebut dijumpai disitu?" sedangkan aku telah mencari berkali-kali disitu. Persoalan yang menari-nari dibenak fikiranku ketika ini, siapakah manusia yang tidak bertanggungjawab yang MUNGKIN telah mencuri kunci tersebut dan meletakkan kunci tersebut disitu. Apa yang telah manusia itu lakukan (menodai) kunci keretaku?? Pelik namun tiada siapa yang mampu untuk memberikan jawapan kepada aku.


Siapakah manusia yang tidak bertanggungjawab itu?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget