Thursday, April 7

Kesan Radiasi Telefon Bimbit

Telefon bimbit merupakan salah satu gadget wajib yang perlu ada oleh setiap individu. Namun, sedarkah kita telefon bimbit lebih banyak memberikan keburukan daripada kelebihan dalam kehidupan seharian kita terutamanya dari segi kesihatan.

Penggunaan telefon bimbit ini tidak hanya terhad digunakan oleh golongan dewasa sahaja tetapi kebanyakan dari pengguna telefon bimbit zaman ini terdiri daripada kanak-kanak. Kurang pendedahan dan pengetahuan akan keburukan penggunaan telefon bimbit telah memberikan impak negatif terhadap penggunaan telefon bimbit.  Penggunaan terlalu kerap telah menyebabkan penggunanya mengalami masalah kesihatan yang kronik.

Antara kesan terhadap manusia:

  • merosakkan sel-sel darah
    • menurut kajian, gelombang yang dikeluarkan oleh telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dan meningkatkan tekanan antara sel-sel darah tersebut.
  • mengubah DNA manusia
    • DNA merupakan identiti semulajadi seseorang manusia. Menurut kajian makmal, gelombang yang dikeluarkan akibat penggunaan terlalu kerap boleh mencetuskan kecelaruan malah merosakkan struktur DNA.
  • mempengaruhi kualiti sperma
    • menurut penyelidakan yang telah dijalankan di Barat, telefon bimbit yang disimpan didalam poket seluar boleh mempengaruhi penghasilan sperma.
  • melemahkan daya ingatan - sinaran yang dikeluarkan oleh telefon bimbit boleh memburukkan dan memendekkan daya ingatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget