Tuesday, April 5

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat Raja-Raja Melayu merujuk kepada 7 Wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

7 Wasiat Raja-Raja Melayu







  1. Kami namakan  dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara
  4. Kami kekalkan dna kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak selepas penyertaan kedua-dua buah negeri dalam Malaysia)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget