Saturday, February 5

Arau

Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik, dah habis 3 tahun aku kat UiTM Pahang. Alih-alih, sekarang nih aku dok kat Arau, Perlis. Dengar nama dan tengok kedudukan macam tak best. Bila dah sampai, memang cam "perak" (baca dlm loghat kedah) sket. Tapi, bila dah duduk lama, arau nih nampak la macam menarik sikit. haha...


nih kedudukan arau dalam peta..

Kalo naik keta, dalam perjalanan nak ke Arau banyak sangat tempat-tempat best kalo nak singgah. Tapi sebab aku tak suka singgah menyinggah ni, aku suka terus jer ke Arau. Tapi, ada satu tempat yang selalu gak la aku singgah. Ni la dia !! haha....


Sedap Cendol Pulut nih.


Ni mercu tanda Arau ka? hehe...

Arau nih Bandar DiRaja Perlis sebab kat sini la terletak Istana Perlis, tempat bersemanyam Raja Perlis.


Pagar Istana Arau

Kat sekitar UiTM Perlis ni ada banyak institusi pengajian tinggi.

  
Jalan utama nak ke Arau adalah jalan darat sebab Arau ni jauh dari pantai (walaupun hanya 45 minit dari Kuala Perlis). Naik bas, bawak keta sendiri dan yang paling best dengan keretapi.


Stesen Keretapi Arau

Tapi, sekali kalo alam mengamuk, macam nih la arau.. sedey :(


500 m jer ke Pdg Besar. haha... (ni gambar hiasan jer)

Bukan politik

Aku tak mau cakap pasal PRK Tenang : Anwar Kena Boo...

Tapi, aku lebih berminat dengan KATA HIKMAH kata-kata oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Lagi baik bila membaca pasal PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 dan PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969.

Lebih berminat bila membaca WASIAT RAJA-RAJA MELAYU...

Banyak ilmu yang boleh dapat dengan mengkaji pasal sejarah penubuhan tanah air tercinta.

http://warisanpahang.blogspot.com/2011/01/prk-tenang-anwar-kena-boo.html

Drbook2u.com Malaysian No 1 Networking Site Will Be Launching Soon. Stay Tune.....

Drbook2u.com Malaysian No 1 Networking Site Will Be Launching Soon. Stay Tune.....

Wednesday, January 26

Perang Dalam Kelas

Cam lawak lak tajuk tuh. huhu....

Baru sebulan masuk ke UiTM Arau, dah macam-macam perkara buruk aku lalui. Dari pensyarah yang suka bersikap berat sebelah sampai la pelajar dari matrik yang berlagak pandai[yg matrik x mcm tu, xyah nak terasa].


Bila aku wat baik, tak perlu la nak pijak kepala orang lain. Ko rasa ko tuh dah hebat sangat ke? Aku boleh maki ko la. Ko tuh budak2 sekolah je la. Nak ka tengok orang sombong dengan ko? Memang patut la kalo universiti ni dikutuk oleh pelajar universiti awam lain kat Malaysia dah memang dasar dalaman yang diamalkan sangat membosankan.


Dah lama kot bertahan dengan menjunjung harapan koordinator supaya pelajar dari diploma berbuat baik dengan pelajar matrik. Tapi kalo dah macam nih la gayanya, aku tak rasa aku akan teruskan hasrat koordinator tu. Maaf yer!



Bersedialah wahai manusia2 yang bodoh sombong! Aku tak akan berdiam diri selepas ini. Akan aku balas setiap air liur yang aku gunakan untuk membalas perbuatan anda!!


Setiap perbuatan keji tu, akan aku balas dengan cara yang lebih kejam dan teruk. Aku tak kacau org, jadi jangan kacau aku. Tapi, korang dah mulakan api permusuhan ini, sudah pasti aku akan menyemarakkan api permusuhan korang nih. Jangan berlagak bodoh kalo dah terkena batang hidung sendiri naty. CELAKA !!

 WELCOME TO THE HELL !!!

Friday, January 21

Pelik

Setiap pagi dari hari Isnin sehingga Khamis, kereta kecilku ini akan dipanaskan enjin bermula seawal 7.30 a.m dan setiap hari Jumaat, enjin akan dipanaskan pada pukul 8.30 a.m. Kejadian sangat pelik ini berlaku pagi tadi(21 Januari 2011)

Sedari aku, baru semalam, kereta kecilku bergerak bebas dijalan raya. Dipandu dengan berhemah oleh pemandu yang berhemah dan dipandu dengan bangga oleh pemandu yang berjaya menuju ke merata tempat yang difikirkan oleh pemandunya.

Namun, kejadian pelik yang menimpa kereta kecilku ini sangat-sangat membingungkan aku. Aku bangun sangat awal (pelik gak) pada pukul 6.00 a.m. Setelah siap memakai baju untuk pergi ke kelas (lab Analytical Chemistry pertama sem nih) yang akan bermula pada pukul 9.00 a.m. Aku tercari-cari dimanakah kedudukan kunci kereta kecilku. Aku hairan dengan kedudukan kunci kereta kecilku itu. Aku berusaha bersama-sama abangku untuk mencari kunci tersebut kerana abangku itu merupakan orang terakhir yang memegang kunci tersebut (kalo dia tak cari mmg nk kena tumbuk la).



Namun, kunci tersebut tetap tidak dijumpai, aku mula berasa risau dengan situasi tersebut kerana risau (takut sebenarnya) kelas pertama dengan Cik Zawani tidak dapat aku hadiri. Lepas mula berasa gelisah, aku menyuruh abang aku menghantar ke kelas dengan motosikalnya. Aku tiba sedikit lewat ke makmal. (hehe..)

Semasa sedang membuat experiment, aku menerima mesej yang menyatakan kunci kereta kecilku itu telah ditemui dan menjadi persoalan "mengapa kedudukan kunci tersebut dijumpai disitu?" sedangkan aku telah mencari berkali-kali disitu. Persoalan yang menari-nari dibenak fikiranku ketika ini, siapakah manusia yang tidak bertanggungjawab yang MUNGKIN telah mencuri kunci tersebut dan meletakkan kunci tersebut disitu. Apa yang telah manusia itu lakukan (menodai) kunci keretaku?? Pelik namun tiada siapa yang mampu untuk memberikan jawapan kepada aku.


Siapakah manusia yang tidak bertanggungjawab itu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget