Monday, May 2

Indahnya Hidup



Dalam usia yang makin rapuh, tidak mungkin akan berasa lengkap tanpa mengenali erti sebuah kehidupan. Keadaan sekeliling yang nampak sayu kadang-kadang dan malap mungkin sekali tidak seceria hari-hari yang pernah dilalui dulu. Namun, tugas sebagai insan yang lemah disisi yang MAHA PENCIPTA tidak sama sekali harus dilupakan. Tetapi itu bukan bererti kita lemah dan pasrah.

Keadaan dan masa akan berlalu membawa suka duka sebagai bukti sejarah dan pengajaran hidup kepada insan yang bergelar manusia. Tidak kita ketahui dari mana sumber kekuatan dan kelemahan kita. Saban hari, setiap detik dilalui dengan segala macam ragam. 



Sentiasa diungkapkan takdir mengatasi tadbir. Memilih untuk keadaan dan masa hadapan adalah sangat perlu, demi menjamin masa hadapan DIA memberikan kita, manusia hak memilih. Kita yang akan mencorakkan masa hadapan kita sendiri. Bukan orang lain, tiada sesiapa yang berhak terhadap diri ini selain jasad dan roh orang itu sendiri tetapi tidak dilupakan DIA.

Setiap hari, jalan yang dipilih hampir sama namun, berbeda sekiranya kita perhalusi dengan hati tetapi bukan dengan akal fikiran semata-mata. Tiada sesiapa yang akan memahami konsep yang dibina oleh seseorang itu selain dari dirinya. Mereka hanya mampu untuk menghina mahupun mengeji tetapi, itulah jalan yang cuba dibina oleh seseorang manusia itu sendiri.

Tidak perlu ditegaskan kepada manusia lain mengapa dan kenapa perlu kita mengorak corak dan langkah demi mencapai sesuatu yang diimpikan. Jika ditanya tidakkah mereka juga mempunyai impian? Sudah pasti jawapannya, YA. Tetapi, tidak pula mereka mengambil berat hal peribadi mereka tetapi sanggup menghabiskan masa untuk mengganggu-gugat hak peribadi insan lain yang sudah pasti kita semua ketahui akan termaktubnya dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN akan HAK PERIBADI masing-masing.



Tidak perlu diungkapkan mereka akan perilaku seseorang manusia itu kerna itu adalah HAK mereka. Sangat keji sekiranya mereka mengikut perasaan mereka tanpa mengendahkan perasaan insan lain. Tapi, apakan daya. Itulah lumrah kejadian manusia. Mereka tidak akan lari dari sifat dengki, buruk sangka dan segala macam perkara yang akan dan boleh menjejaskan akal fikiran. Kita mempunyai pegangan yang jelas lagi jitu akan arah kehidupan yang perlu dicorakkan dan ditempuhi. Tidak sama sekali terlintas untuk mengingkari sekiranya pegangan itu sentiasa kukuh dalam sanubari kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget