Friday, April 15

Seorang

Aku tak mahu menyakitkan hati orang tapi kenapa orang suka nak sakitkan hati orang lain? Aku dah bosan dengan semua tingkah laku yang tidak diduga yang selalu dimainkan oleh segelintir manusia yang kadang-kadang aku anggap seperti wayang.


Aku sangat-sangat mengharap tak ada orang nak masuk campur dalam urusan peribadi aku. Selalu aku terfikir untuk memanupulasi keadaan. Tapi, kalau semua itu terjadi, sudah pasti aku akan kehilangan rakan yang baru dikenali yang sesungguhnya tidak mengenali diri ini dengan tepat. 

Tidak semua manusia sama, "THE ONLY ONE" telah menetapkan semua manusia adalah berbeza. Kembar yang dikatakan sama dari segi perwatakan juga mempunyai perbezaan dari segi DNA mereka, inikan pula manusia yang tidak punya apa-apa seperti aku.



Aku berharap mereka walaupun tidak dapat memahami aku sepenuhnya tetapi cuba untuk menghormati keputusan yang telah aku buat. Adakah kesilapan aku kerana mengenali mereka dan berkawan terlalu rapat? Semua ini terjadi terlalu pantas tanpa sempat aku membuat keputusan dan aku tidak punya kekuatan mahupun penyokong yang kuat untuk menegakkan keputusan aku. Sampai bila semua ini akan berakhir. Aku menantikan saat itu, saat yang aku akan bergembira dengan sepenuh hati tanpa apa-apa prasangka buruk dan sudah pasti ada manusia yang berhati busuk akan terus memburukkan aku. Tapi, aku sudah tidak peduli, bila sampai masanya nanti, akan aku luahkan apa yang terbuku dihati ini. Walaupun, mereka tidak setuju dengan cara aku, tapi itulah aku. Tiada sesiapa boleh menentukan dan mencorakkan kehidupan aku.

Bila mereka gembira, tiada sesiapa yang peduli aku tetapi bila mereka memerlukan sesuatu, mereka memanggil aku dengan muka palsu dan ayat-ayat manis mereka. Masakan mereka ini boleh digelar kawan? Aku sudah bungkam untuk memikirkan semua masalah yang kadang-kadang dicetuskan oleh aku dan masalah ini dikuatkan lagi oleh mereka.


Hilang kenalan tidak mungkin akan memberi kesan terhadap keseluruhan hidup aku. "Nobody perfect". Aku datang ke sini seorang diri dan sesungguhnya aku akan kembali seorang diri.

2 comments:

  1. lumrah kan? bila ssah baru nak cari, bile gmbira x ingt yg pernah mmbntu. haish -.-'

    ReplyDelete
  2. dah mcm tu perangai manusia. even dikalangan kawan2 kat dpn mata pun bila susah baru nak cari, bila senang wat bangang jer. inikan DIA yg kita sendiri x nampak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget