Monday, April 11

Kenalan | Kawan | Rakan | Sahabat

Aku rasa macam dah buat post ni. Tapi entah kenapa aku rasa macam nak buat sekali lagi dikala hati tengah meruncing. Betul la kata orang, "Datang seorang diri, balik pun seorang diri".

Kenalan | Kawan | Rakan | Sahabat adalah empat perkataan yang membawa maksud luaran yang sama tetapi dari segi dasarnya pula maksud perkataan-perkataan ini adalah berbeza sama sekali.

Kenalan adalah orang yang kita kenal tetapi tidak bermaksud kita akan berkongsi segala masalah dengan insan yang bergelar kenalan. Kenalan juga hanya hadir bila kita bersuka atau gembira. Tetapi, kita akan dibiarkan keseorangan bila kita sedih.

Kawan pula adalah insan yang mengetahui sedikit sebanyak tentang isi hati kita tetapi itu juga tidak bermaksud kawan ini mengetahui segala perangai baik dan buruk kita. Kawan mungkin mengetahui perangai buruk kita dan mungkin juga insan yang bergelar kawan ini akan melakukan perkara tidak senonoh dibelakang kita seperti mengutuk, mengumpat dan mengeji kita dihadapan orang lain tetapi dihadapan kita, 'pijak semut pun tak mati'.

Rakan merupakan peringkat yang menghampiri sahabat namun mereka ini mengetahui hampir segala hal ehwal semasa kita. Tetapi perangai dan tingkah laku insan yang bergelar rakan hampir sama dengan kawan. Kita tidak boleh meletakkan sepunuh kepercayaan terhadap insan yang bergelar rakan kerana mungkin mereka yang bergelar rakan ini juga suatu hari nanti akan "belot" sekiranya pergaduhan tercetus.

Sahabat adalah insan yang paling mulia disisi. Insan ini akan menerima kita baik dan buruk, akan sentiasa berada disisi kita bila kita gembira dan juga sedih. Mereka jugalah antara yang paling boleh dipercayai selain daripada keluarga kerana bukan mudah untuk membentuk seorang sahabat yang sejati.

Sekian, sedikit nukilan dari hati yang sedang dingin dan membeku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget