Friday, July 31

Seteguh tiang seri

Selalu orang cakap, kalau nak kahwin kena fikir betul-betul. Lepas kahwin kena jaga rumah tangga yang dibina itu elok-elok. Tapi, persoalannya teguhkah tiang seri yang digunakan untuk mempertahankan rumah yang dibina tersebut?

Kalau rumah zaman dulu dibina dari kayu-kayu hutan yang sangat kuat, rumah dimasa kini dibina menggunakan konkrit. Rumah manakah yang lagi tegap binaannya? Rumah dulu atau rumah kini? Perkahwinan zaman dulu yang dianggap kolot kerana melibatkan perkahwinan yang mengikut kehendak keluarga tetapi dapat bertahan hingga ke anak cucu sedangkan perkahwinan zaman kini yang mengikut kehendak hati sendiri, ranap ditengah jalan. Anak-anak menjadi rebutan dimahkamah, ibubapa entah ke mana.



Tiang seri zaman manakah yang lebih hebat? Adakah pilihan hati sendiri menjanjikan kebahagian diri atau pilihan keluarga yang lebih baik? Bercinta selepas perkahwinan atau cinta yang berputik terlebih dahulu lebih bagus?

Ramai yang terfikir untuk memberikan hak jodoh diri sendiri kepada orang tua sendiri yang memilih kerana takut dengan perkembangan semasa, banyak rumah yang dibina menggunakan tiang seri daripada konkrit ranap ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Tetapi, adakah pilihan keluarga menepati syarat-syarat yang dikehendaki?



Bagaimana dengan pilihan sendiri yang kadang-kala tidak menepati kehendak ibu bapa? Adakah perlu untuk mengikut telunjuk hati atau bertindak dengan perasaan sayang terhadap kedua ibu bapa? Persoalan yang sangat sukar dijawab dengan menggunakan akal fikiran yang pendek.



To be continue..

Sunday, July 26

Sesingkat Pensil 2B

Hari ini (1 Julai 2009), pada pukul 10.10 am aku dapat satu mesej dari orang yg tidak aku kenali. Katanya, “Hi, gd mrning..have a gd day..”. Tapi, aku lewat balas mesej dia sebab aku bangun pukul 12.30 pm. Aku tanya dari mana dia dapat nombor aku. Dia cakap dari satu **. Tidak aku ketahui adakah aku manusia yang bertanggungjawab menyebarkan nomborku sendiri atau ada orang lain?



Dengan perkenalan yang sangat pendek ini, terjalin satu hubungan yang semua orang pasti akan hala tujunya. Hari berlalu dengan aman tanpa apa-apa peristiwa hiatm terpalit walau sedikit pun dimuka surat diari hidupku.

Sesingkat perkenalan, sependek itu jugalah hubungan yang baru terjalin terputus ditengah jalan. Tidakku ketahui dimanakah silapnya namun, "manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan".

Thursday, May 28

topic lama yg tak akan berganjak dari takhta kedudukan.

Satu lagi kisah pasal budak-budak yang mula tunjuk belang bila diakhir semester. Aku xtau pe yg diorg pikir tapi pe yg pasti mungkin diorg anggap yg lepas ni x jumpe dh. So, boleh wat pape je yg diorg nak walupun sebelum ni cover cam nak mampus.
Aku x pasti betapa sempit nyer pemikiran budak-budak yang konon nyer lebih matang dari aku & slalo cakap yg aku ni berperangai cm budak-budak TAPI at least aku tunjuk kn sape diri aku yg sebenar nyer kt suma org. xyah nk menyusahkan diri cover!!
Kisah bermula bila ktorg berada di akhir part 6, (aku still marah ngn peristiwa tu, so, ni keputusan aku!!) first tu dok serumah nampak cm ok. Tapi, hanya TUHAN je tahu pe yang manusia (lebih kurang Syaitan bertopengkan Manusia.) buat kt belakang, pe yang dia ckp kt org len pasal housemate dia, & pe yg aku rasa & lihat reaksi org lain kt aku & housemate yg x sependapat ngn dia, org cam pandang pelik kt ktorg. Kami tau byk RAHSIA dia, tapi kami x penah ckp kt org lain! Tapi, masa aku otw balik umah 9hb May 2009, aku dh janji nak call sorg junior aku ni. Dia de nak ckp sesuatu pasal ktorg sbb ktorg dah abih & InsyaALLAH xkn masuk ke Jengka balik. Huhu..
Aku terpasa melepak kat R&R Tapah lebih dari satu jam semata-mata sbb takut mendengar citer yg sgt memalukan. Bdk yg ktorg percaya selama ni, yg ktorg kongsi byk rahsia dng dia mendedahkan Rahsia idup ktorg kt bdk lain! Sgt KEJAM!!
Aku xtau betapa baiik nyer bdk tu sampai suma org leh percaya kt dia W/LAUPUN hakikat nyer pe yg dia paparkan utk tatapan umum pasal diri dia adlah palsu semata-mata dan dia byk menimbulkan spekulasi yg kadang-kala hamper menyebabkan aku nak gado ngn room8 aku yg len. De leh fitnah rm8 aku yg sorg ni, dia ckp yg rm8 aku ni suka kt sorg klg bdk len@org giler. Padahal, dia tu yg sgt2 meminati org giler ni sejak part 1 lg. sape makan cili, dia yg terasa pedas. Org gler ni pun termakan hasutan yg menyebabkan ktorg semakin berenggang disebabkan seorng hamba ALLAH ni. (wei, xkesah la!! Byk lg org lg best & setia kt Persahabatan.)……

Thursday, May 7

Happy Mother's Day

Alhamdulillah, sekarang ni dunia aku berlalu dalam keadaan yang semakin aman sebab takde lagi anasir-anasir luar yang menggangu hidup aku. Hidup yang tak pernah aku duga, dunia yang aku kendong dari zaman ramaja, hidup yang aku harungi yang penuh dengan dosa yang tak pernah terfikir dari benak pemikiran aku yang mana baik atau buruk.
Aku tak pikir yang otak aku dah cukup matang untuk buat keputusan mengenai orang lain tapi at least aku mampu buat keputusan mengenai diri aku, walaupun kadang-kadang tu aku tanya kawan-kawan aku.
My friends said that I’m childish. Maybe because generally when we’re at the age around 7 – 13 years old, kita tak perlu fikir pasal apa-apa masalah pun. Sebelum aku melangkah masuk ke UiTM, hidup aku macam langsung tak terurus. Aku bukan nak blame my mom. Thank you mom for everything you’ve done. Hopefully, I won’t have any problem to celebrate Hari Ibu soon (Sabtu minggu kedua bulan May).

Telah banyak yang kau beri sejak dulu lagi
Pengorbanan yang tidak pernah jemu
Hanyalah Tuhan saja bisa menentukan semua
Kesabaran engkau

Dari kecil aku dibelai, hingga sekarang aku tak rasa aku mampu buat like what you’ve gave to me mom. Sorry for everything I’ve did to you, mom. I gave you a lot of problems, I don’t take care of your feeling, I don’t ever think about you.
Lepas habis je SPM, aku macam takde arah tuju. Setiap hari aku bangun lewat, tak kesah la when I tired or not. Makan tak tentu masa, mandi? Huh, lagi la ikut suka hati aku je (huhu..).. Dengan parent pun aku wat tak kesah. But now, I think I’m better than before. Harap-harap aku akan terus macam ni. Tapi, my mom tetap macam dulu. Tak kesah la apa yang aku buat pun.
Until nowadays, my mom still like before although she’s older than before (sorry mom..). I LOVE you mom. I really love you but I don’t know how to say to you because I can’t say ‘it’ directly to you, mom. I don’t know why but I’ll study and maybe soon, I’ll say that “I LOVE you mom”. Hopefully, I can and I still have enough time to you and until now (once again) I still study to say that “I LOVE you mom”. (I admit that I’m crying while doing this blog).
HAPPY MOTHER’S DAY
(hari sabtu minggu kedua bulan May)

Sunday, April 26

Behind the Mask..

Adakah sudah menjadi lumrah hidup manusia bila satu persahabatan atau ikatan dijalinkan mesti ada pergaduhan yg berlaku? Adakah perlu kita menjalinkan pertalian itu jika kita sudah menjangkakan akan berlaku sesuatu yg tidak diingini? Kenapa semua ini perlu berlaku dalam hidup ini?
Makhluk kerdil yg bergelar insan tidak layak untuk hidup sempurna atau dalam keadaan harmoni? Rata-rata kita boleh melihat pergaduhan tak kira la dalam bentuk apa pun. Suatu masa dulu, seluruh dunia gempar akan berita United State of America serang Iraq, tapi lepas beberapa bulan, setiap berita yg disalurkan kepada kita hanyalah dianggap perkara biasa.
Lepas tu, kita dengar lak tsunami yg melanda wilayah di negara jiran. Kononnya simpati, bantuan pun dihulur. Lepas beberapa bulan kita pun lupa akan perkara tu. Tak salah kalo kita yg kononnya seorang yg sgt mudah simpati menghulurkan bantuan!
Tak ingat ke kita kat warga Palestin, yg bukan sehari, bukan sebulan, bukan juga setahun dalam keadaan x terurus tapi lebih sepuluh tahun lepas tanah mereka dirampas. Terpaksa hidup dlm kesusahan tanpa bantuan dari luar. Pastu kena pulak sekatan dari manusia yg x berhati, hidup dalam buangan di tanah air sendir.
Jangan kita lupa, suatu masa dulu yg rakyat Iraq pernah hidup senang! Tapi cmna Palestin? Kita x pernah bersyukur dengan apa yg kita miliki sekarang. Lepas ni, aku sangat mengharapkan yang aku x tulis lagi menda2 mcm ni… Huhu…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget