Tuesday, March 8

Bosan

Setiap hari aku melalui tugas seharian yang sama. Bangun di awal pagi, menunaikan perkara wajib bagi umat Islam (tidak menjadi persoalan kerana ini merupakan perkara wajib), panaskan enjin kereta, melalui jalan yang sama, melalui pintu pagar yang sama untuk masuk ke universiti, melalui denai yang sama untuk ke kelas dan kadang-kadang merasakan melalui pintu kelas yang sama (corak sama). Pensyarah pun sama gak. haha..



Kadang-kadang aku bosan dengan kehidupan yang sama. Orang cakap, tak baik kita berasa bosan dengan hidup yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Aku bukan bosan dengan nak melawan hukum Tuhan tapi aku bosan dengan jalan yang aku sendiri pilih.



Setahun lepas, semasa aku belajar kat Shah Alam aku rasa tempat tu sangat bosan sebab ramai sangat orang. Jalan raya pun sentiasa "jem". Tapi, sekarang lepas lebih 2 bulan aku pindah ke Arau. Baru aku akui, tempat lagi ramai orang lagi best sebab lagi banyak masalah dan dari pengalaman itu akan menjadikan kita lebih dewasa. Dewasa dari segi pemikiran dan juga tindak-tanduk yang kadang kala boleh membuatkan sesetengah orang berasa yakin dengan perbuatan kita sekiranya kita boleh berfikiran lebih matang berbanding orang lain.

Tapi, ada sesetengah manusia yang mungkin tidak mahu atau pun tidak tahu untuk berfikiran matang mungkin dia mempunyai sebab-sebab yang tertentu, tiada siapa tahu mengapa dan kenapa. Hak individu untuk menentukan bila dia akan menjadi dewasa kerna perkataan dewasa itu tidak diukur pada umur tetapi pada tindak-tanduk seseorang manusia itu sendiri.


Semakin malas aku nak melayan kerenah manusia yang kadang kala sangat memeningkan kepala. Ketidakmatangan seseorang itu membuatkan aku makin bosan dengan dia. Keadaan diri dia mungkin salah satu penyebab mengapa dia terus melakukan perkara yang membosankan orang sekeliling berulang kali atau ketidaksanggupan rakan-rakan sekeliling untuk menegur cukup membingungkan aku. Tapi, kenapa dia tidak perasan yang manusia disekeliling tak suka kat dia. Pelik betul dengan dia ni..


Keadaan sekarang aku tengok makin meruncing, dia makin berani untuk mengutuk-menghina aku dari belakang. Tapi, yang peliknya dia lebih suka bertalam 12 muka apabila memerlukan sesuatu. Tak malu ke bersikap macam tu? Hurm... hanya DIA saja yang tahu macam mana keadaan sebenar. Biarlah DIA saja yang menentukan segala-galanya.

Apa yang penting adalah tujuan utama aku berpindah ke Arau tetap menjadi pegangan aku kat sini. Kemana saja aku pergi, aku tetap tidak akan lupa walau sebaris kata....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget