Monday, May 3

Tandus

Kali terakhir aku "post" 1 September 2009. Lepas tu, aku dah ketandusan idea dan tak ada masalah, tak semena-mena muncul satu masalah baru dalam hidup aku. Aku tak pasti samada masalah ini akan berpanjangan atau semua nih akan berakhir hari ini,mungkin esok atau lusa.

Aku tak pasti apa masalah sebenar. Bagi aku segala-galanya berjalan dengan lancar. Aku tak pasti gak kalo dia memang tak suka aku. Aku dah cakap banyak kali, kalo tak suka aku, tak puas hati dengan aku, cakap je la.

Tapi,yang paling menyakitkan hati aku bila aku dapat tau yang sorang kawan aku nih "blowjob" dia. Tapi,asal lak dia nak bagi kalo betul-betul dia sayang aku? Macam mana dia sanggup buat macam tue? Aku banyak kali fikir, dah banyak kali aku tersentap dengan perangai dia. Adakah ini salah satu cara dia nak tunjuk yang dia marah aku atau perangai dia memang macam tue?

Aku ada dengar banyak pasal ko "main" belakang aku. Depan aku, ko cakap ko SAYANG aku. Tapi, kat belakang aku ko cakap perkataan yang sama kat orang lain. Mana nilai sayang ko tu kalo kat semua orang ko cakap ko sayang? Murah sangat ke kasih sayang ko tu? Atau kasih sayang ko tu memang tak bernilai langsung? Aku harap kasih sayang ko tu memang tak bernilai la kalo ko sanggup buat aku macam ni.

Nak cakap SAYANG ko kat aku tu "special", aku rasa sama je. Entah la macam mana nak cakap. Aku rasa ko sorang je yang boleh terangkan atau cakap macam mana nilai kasih sayang sebenar ko kat aku. Ko tetap layan aku macam aku ni tak wujud pun kat sebelah ko. Ko cakap yang ko nk jadikan aku "couple" ko yang paling lama. Kalo macam ni la keadaannya, aku rasa ko "couple" dengan sapa-sapa pun tetap sama je.

Sukar nak cakap bila aku dengan dia jarang jumpa. Dia penah cakap aku bukan "taste" dia. Tapi, kenapa dia bertahan sampai sekarang? Kenapa bukan awal-awal dulu dia tak nak cakap. Susah sangat ke nk cakap kat aku? Macam la aku akan sepak, terajang dia. Aku pun manusia gak. Aku tau batas-batas antara manusia.

Tapi, dia pun bukan "taste"aku jugak. Aku boleh bertahan sampai sekarang sebab AKU SAYANG. Tu je. Kalo setakat nak cari lain tu, senang je kot. Bila-bila pun suma orang boleh dapat. Aku rasa ko ni jenis orang yang tak puas dengan sorang je. Ko cepat bosan, ko nak ramai2 "main" dengan ko.

Aku tak suka sakitkan hati orang tapi kenapa orang suka sakitkan hati aku? Kenapa bila aku nak serius, semua nih terjadi kat aku? Buruk sangat ke aku nih? Kalo dah buruk kenapa tak cakap dari awal? Tak payah la aku nak belajar sayang kat ko. Kenapa dah nak dekat 2 bulan baru ko wat semua menda nih?

Kalo dah tak suka dari awal la cakap. Kenapa ko suka guris perasaan orang? Ko nak orang jaga hati ko je tapi, ko langsung tak tau macam mana nak jaga hati orang. Bodoh la kalo ko fikir diri ko akan BAHAGIA macam apa yang ko rasa sekarang. Ko akan dapat balik apa yang ko buat kat aku nih suatu hari nanti. Hidup bagaikan roda. Sekarang memang ko kat atas, esok, lusa tak ada sapa yang tahu macam mana nasib diri sendriri.


3 comments:

  1. kdg2 ape yang kite nak tak sume akan kite dpt ikut pe yang kite nak...
    maybe ade hikmah..
    bykakn bersabar ok!!

    ReplyDelete
  2. Bukan kacang sebarang kacang.
    Kacang melilit si kayu jati.
    Bukan datang sebarang datang.
    Datang membawa hajat di hati.

    Anak raja main congkak,
    Main congkak punya pelan ,
    Boleh saya tumpang bertanya,
    salam dihulur tanda persahabatan,

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME—WELCOME-- WELCOME
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME.WORLDCUP  
    ╔══╦══╗╔╦══╗  
    ╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
    ╔═╝║║║║║║║║║ 
    ║╔═╣║║║║║║║║    
    ║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
    ╚══╩══╝╚╩══╝
    SAY.NO.JUDI.BOLA
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

    ReplyDelete
  3. ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
    رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

    Salam ramadan Al Mubarak..
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Ramadan bulan yg mulia..
    Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.


    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget