Friday, July 31

Seteguh tiang seri

Selalu orang cakap, kalau nak kahwin kena fikir betul-betul. Lepas kahwin kena jaga rumah tangga yang dibina itu elok-elok. Tapi, persoalannya teguhkah tiang seri yang digunakan untuk mempertahankan rumah yang dibina tersebut?

Kalau rumah zaman dulu dibina dari kayu-kayu hutan yang sangat kuat, rumah dimasa kini dibina menggunakan konkrit. Rumah manakah yang lagi tegap binaannya? Rumah dulu atau rumah kini? Perkahwinan zaman dulu yang dianggap kolot kerana melibatkan perkahwinan yang mengikut kehendak keluarga tetapi dapat bertahan hingga ke anak cucu sedangkan perkahwinan zaman kini yang mengikut kehendak hati sendiri, ranap ditengah jalan. Anak-anak menjadi rebutan dimahkamah, ibubapa entah ke mana.



Tiang seri zaman manakah yang lebih hebat? Adakah pilihan hati sendiri menjanjikan kebahagian diri atau pilihan keluarga yang lebih baik? Bercinta selepas perkahwinan atau cinta yang berputik terlebih dahulu lebih bagus?

Ramai yang terfikir untuk memberikan hak jodoh diri sendiri kepada orang tua sendiri yang memilih kerana takut dengan perkembangan semasa, banyak rumah yang dibina menggunakan tiang seri daripada konkrit ranap ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Tetapi, adakah pilihan keluarga menepati syarat-syarat yang dikehendaki?



Bagaimana dengan pilihan sendiri yang kadang-kala tidak menepati kehendak ibu bapa? Adakah perlu untuk mengikut telunjuk hati atau bertindak dengan perasaan sayang terhadap kedua ibu bapa? Persoalan yang sangat sukar dijawab dengan menggunakan akal fikiran yang pendek.



To be continue..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget