Wednesday, March 9

10 Petanda Dia Jodoh Kita



10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

source: http://www.iluvislam.com

Bunga dan Maksud

Warna tersirat setiap bunga yang juga melambangkan maksud-maksud yang tertentu.




Ros merah



Cinta dan kasih sayang

Ros kuning



Persahabatan dan persaudaraan

Ros merah jambu



Cinta rahsia

Ros putih



Cinta suci (ahli keluarga, majlis keluarga, majlis pengkebumian)

Carnations



Mempersonakan (hubungan yang sedang mekar)

Orkid



Cinta dan kecantikan (untuk semua majlis tanpa sebarang maksud)

Daisy



Cinta setia (hari ibu)

Lily



Murni dan manis (saudara)

Krisantimum



Persahabatan





Tuesday, March 8

Bosan

Setiap hari aku melalui tugas seharian yang sama. Bangun di awal pagi, menunaikan perkara wajib bagi umat Islam (tidak menjadi persoalan kerana ini merupakan perkara wajib), panaskan enjin kereta, melalui jalan yang sama, melalui pintu pagar yang sama untuk masuk ke universiti, melalui denai yang sama untuk ke kelas dan kadang-kadang merasakan melalui pintu kelas yang sama (corak sama). Pensyarah pun sama gak. haha..



Kadang-kadang aku bosan dengan kehidupan yang sama. Orang cakap, tak baik kita berasa bosan dengan hidup yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Aku bukan bosan dengan nak melawan hukum Tuhan tapi aku bosan dengan jalan yang aku sendiri pilih.



Setahun lepas, semasa aku belajar kat Shah Alam aku rasa tempat tu sangat bosan sebab ramai sangat orang. Jalan raya pun sentiasa "jem". Tapi, sekarang lepas lebih 2 bulan aku pindah ke Arau. Baru aku akui, tempat lagi ramai orang lagi best sebab lagi banyak masalah dan dari pengalaman itu akan menjadikan kita lebih dewasa. Dewasa dari segi pemikiran dan juga tindak-tanduk yang kadang kala boleh membuatkan sesetengah orang berasa yakin dengan perbuatan kita sekiranya kita boleh berfikiran lebih matang berbanding orang lain.

Tapi, ada sesetengah manusia yang mungkin tidak mahu atau pun tidak tahu untuk berfikiran matang mungkin dia mempunyai sebab-sebab yang tertentu, tiada siapa tahu mengapa dan kenapa. Hak individu untuk menentukan bila dia akan menjadi dewasa kerna perkataan dewasa itu tidak diukur pada umur tetapi pada tindak-tanduk seseorang manusia itu sendiri.


Semakin malas aku nak melayan kerenah manusia yang kadang kala sangat memeningkan kepala. Ketidakmatangan seseorang itu membuatkan aku makin bosan dengan dia. Keadaan diri dia mungkin salah satu penyebab mengapa dia terus melakukan perkara yang membosankan orang sekeliling berulang kali atau ketidaksanggupan rakan-rakan sekeliling untuk menegur cukup membingungkan aku. Tapi, kenapa dia tidak perasan yang manusia disekeliling tak suka kat dia. Pelik betul dengan dia ni..


Keadaan sekarang aku tengok makin meruncing, dia makin berani untuk mengutuk-menghina aku dari belakang. Tapi, yang peliknya dia lebih suka bertalam 12 muka apabila memerlukan sesuatu. Tak malu ke bersikap macam tu? Hurm... hanya DIA saja yang tahu macam mana keadaan sebenar. Biarlah DIA saja yang menentukan segala-galanya.

Apa yang penting adalah tujuan utama aku berpindah ke Arau tetap menjadi pegangan aku kat sini. Kemana saja aku pergi, aku tetap tidak akan lupa walau sebaris kata....

Saturday, February 12

Lingua Franca

Tertanya-tanya juga mana wujudnya, asal usul nama lingua franca itu sendiri sebab apabila disebut lingua franca, orang akan menuding dan merujuk kepada sesuatu bahasa yang selalu digunakan ataupun sebuah bahasa yang digunakan secara meluas dimerata tempat dan bukan hanya disesebuah kawasan sahaja.


"lingua franca (awalnya Bahasa Itali untuk "bahasa kaum Frank") adalah bahasa sistematik digunakan untuk membuat komunikasi yang mungkin berlaku antara orang-orang tidak berkongsi bahasa ibunda, khususnya ketika itu adalah bahasa ketiga, berbeza dari kedua-dua bahasa ibunda"



"Lingua franca ditakrifkan panjang, bergantung pada sejarah bahasa atau struktur bahasa tersebut. Meskipun "pidgins" dan "Kreol" sering berfungsi sebagai francas lingua, francas lingua banyak yang tidak pidgins atau Kreol. Sinonim untuk lingua franca adalah "Bahasa perantaraan". Sedangkan bahasa vernakular digunakan sebagai bahasa asli di komuniti pembicara tunggal, Bahasa perantaraan melampaui batas-batas komuniti asalnya, dan digunakan sebagai bahasa kedua untuk komunikasi antara komuniti. Sebagai contoh, Bahasa Inggeris adalah bahasa ibunda di Inggeris, tapi digunakan sebagai bahasa perantaraan (iaitu,sebuah lingua franca) di Filipina."

Bahasa Melayu-Indonesia sebahagian dari lingua franca



Tuesday, February 8

Thermodynamics

Thermodynamics is the branch of science or physics that studies various forms of energies and their conversion from one form to the other like electrical energy to mechanical energy, heat to electrical, chemical to mechanical, wind to electrical etc. Thermodynamics is an important subject area studied under Mechanical Engineering.


Important laws of thermodynamics namely first law of thermodynamics, second law of thermodynamics, third law of thermodynamics and Zeroth law of thermodynamics.


System is the system of hot liquid water and solid table salt in a sealed, insulated test tube held in a vacuum (the surroundings). 



Open systems may exchange any form of energy as well as matter with their environment. A boundary allowing matter exchange is called permeable. The ocean would be an example of an open system.



Closed systems are able to exchange energy (heat and work) but not matter with their environment. A greenhouse is an example of a closed system exchanging heat but not work with its environment. Whether a system exchanges heat, work or both is usually thought of as a property of its boundary.

§  Adiabatic boundary – not allowing any heat exchange
§  Rigid boundary – not allowing exchange of work



Isolated systems are completely isolated from their environment. They do not exchange heat, work or matter with their environment. An example of an isolated system is a completely insulated rigid container, such as a completely insulated gas cylinder. As time passes in an isolated system, internal differences in the system tend to even out and pressures and temperatures tend to equalize, as do density differences. The second law of thermodynamics is only true for isolated systems. It is important to note that isolated systems are not equivalent to closed systems.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget