Tuesday, September 13

sekian lama..

Macam dah lama aku menghilang dari blog sendiri walaupun memang lama. Bukan malas tapi tak cukup masa nak update. Sibuk dengan jadual harian dan kerja part time yang padat. Walaupun bukan kerja tetap tapi tumpuan perlu diberikan juga sebab kerja tu melibatkan nama aku jugak kan. Bukan boleh main-main untuk suka-suka.

Kalau orang lain kerja hanya untuk suka-suka menghabiskan masa terluang dekat rumah tapi aku bekerja untuk manfaat diri sendiri. Bidang yang aku bekerja berkaitan dengan apa yang aku belajar. Jadi, kena la focus lebih. Dah macam focus belajar lak. Haha...

Macam mana pun aku dah update blog ini lepas seorang kawan aku nak cari page facebook tapi terjumpa blog ini. Aku macam malu-malu kucing terus buka fail lama cari email dengan password blog ini.

Baguskan aku simpan email dengan password merata-rata. Haha... Tapi apakan daya aku ni mudah lupa. Jadi, kena la simpan dengan baik untuk kegunaan masa hadapan.

Sekian. Nanti boleh update lagi. Main Facebook pun kadang-kadang bosan gak..

Monday, May 2

Indahnya Hidup



Dalam usia yang makin rapuh, tidak mungkin akan berasa lengkap tanpa mengenali erti sebuah kehidupan. Keadaan sekeliling yang nampak sayu kadang-kadang dan malap mungkin sekali tidak seceria hari-hari yang pernah dilalui dulu. Namun, tugas sebagai insan yang lemah disisi yang MAHA PENCIPTA tidak sama sekali harus dilupakan. Tetapi itu bukan bererti kita lemah dan pasrah.

Keadaan dan masa akan berlalu membawa suka duka sebagai bukti sejarah dan pengajaran hidup kepada insan yang bergelar manusia. Tidak kita ketahui dari mana sumber kekuatan dan kelemahan kita. Saban hari, setiap detik dilalui dengan segala macam ragam. 



Sentiasa diungkapkan takdir mengatasi tadbir. Memilih untuk keadaan dan masa hadapan adalah sangat perlu, demi menjamin masa hadapan DIA memberikan kita, manusia hak memilih. Kita yang akan mencorakkan masa hadapan kita sendiri. Bukan orang lain, tiada sesiapa yang berhak terhadap diri ini selain jasad dan roh orang itu sendiri tetapi tidak dilupakan DIA.

Setiap hari, jalan yang dipilih hampir sama namun, berbeda sekiranya kita perhalusi dengan hati tetapi bukan dengan akal fikiran semata-mata. Tiada sesiapa yang akan memahami konsep yang dibina oleh seseorang itu selain dari dirinya. Mereka hanya mampu untuk menghina mahupun mengeji tetapi, itulah jalan yang cuba dibina oleh seseorang manusia itu sendiri.

Tidak perlu ditegaskan kepada manusia lain mengapa dan kenapa perlu kita mengorak corak dan langkah demi mencapai sesuatu yang diimpikan. Jika ditanya tidakkah mereka juga mempunyai impian? Sudah pasti jawapannya, YA. Tetapi, tidak pula mereka mengambil berat hal peribadi mereka tetapi sanggup menghabiskan masa untuk mengganggu-gugat hak peribadi insan lain yang sudah pasti kita semua ketahui akan termaktubnya dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN akan HAK PERIBADI masing-masing.



Tidak perlu diungkapkan mereka akan perilaku seseorang manusia itu kerna itu adalah HAK mereka. Sangat keji sekiranya mereka mengikut perasaan mereka tanpa mengendahkan perasaan insan lain. Tapi, apakan daya. Itulah lumrah kejadian manusia. Mereka tidak akan lari dari sifat dengki, buruk sangka dan segala macam perkara yang akan dan boleh menjejaskan akal fikiran. Kita mempunyai pegangan yang jelas lagi jitu akan arah kehidupan yang perlu dicorakkan dan ditempuhi. Tidak sama sekali terlintas untuk mengingkari sekiranya pegangan itu sentiasa kukuh dalam sanubari kita.

Friday, April 15

Seorang

Aku tak mahu menyakitkan hati orang tapi kenapa orang suka nak sakitkan hati orang lain? Aku dah bosan dengan semua tingkah laku yang tidak diduga yang selalu dimainkan oleh segelintir manusia yang kadang-kadang aku anggap seperti wayang.


Aku sangat-sangat mengharap tak ada orang nak masuk campur dalam urusan peribadi aku. Selalu aku terfikir untuk memanupulasi keadaan. Tapi, kalau semua itu terjadi, sudah pasti aku akan kehilangan rakan yang baru dikenali yang sesungguhnya tidak mengenali diri ini dengan tepat. 

Tidak semua manusia sama, "THE ONLY ONE" telah menetapkan semua manusia adalah berbeza. Kembar yang dikatakan sama dari segi perwatakan juga mempunyai perbezaan dari segi DNA mereka, inikan pula manusia yang tidak punya apa-apa seperti aku.



Aku berharap mereka walaupun tidak dapat memahami aku sepenuhnya tetapi cuba untuk menghormati keputusan yang telah aku buat. Adakah kesilapan aku kerana mengenali mereka dan berkawan terlalu rapat? Semua ini terjadi terlalu pantas tanpa sempat aku membuat keputusan dan aku tidak punya kekuatan mahupun penyokong yang kuat untuk menegakkan keputusan aku. Sampai bila semua ini akan berakhir. Aku menantikan saat itu, saat yang aku akan bergembira dengan sepenuh hati tanpa apa-apa prasangka buruk dan sudah pasti ada manusia yang berhati busuk akan terus memburukkan aku. Tapi, aku sudah tidak peduli, bila sampai masanya nanti, akan aku luahkan apa yang terbuku dihati ini. Walaupun, mereka tidak setuju dengan cara aku, tapi itulah aku. Tiada sesiapa boleh menentukan dan mencorakkan kehidupan aku.

Bila mereka gembira, tiada sesiapa yang peduli aku tetapi bila mereka memerlukan sesuatu, mereka memanggil aku dengan muka palsu dan ayat-ayat manis mereka. Masakan mereka ini boleh digelar kawan? Aku sudah bungkam untuk memikirkan semua masalah yang kadang-kadang dicetuskan oleh aku dan masalah ini dikuatkan lagi oleh mereka.


Hilang kenalan tidak mungkin akan memberi kesan terhadap keseluruhan hidup aku. "Nobody perfect". Aku datang ke sini seorang diri dan sesungguhnya aku akan kembali seorang diri.

Monday, April 11

Kenalan | Kawan | Rakan | Sahabat

Aku rasa macam dah buat post ni. Tapi entah kenapa aku rasa macam nak buat sekali lagi dikala hati tengah meruncing. Betul la kata orang, "Datang seorang diri, balik pun seorang diri".

Kenalan | Kawan | Rakan | Sahabat adalah empat perkataan yang membawa maksud luaran yang sama tetapi dari segi dasarnya pula maksud perkataan-perkataan ini adalah berbeza sama sekali.

Kenalan adalah orang yang kita kenal tetapi tidak bermaksud kita akan berkongsi segala masalah dengan insan yang bergelar kenalan. Kenalan juga hanya hadir bila kita bersuka atau gembira. Tetapi, kita akan dibiarkan keseorangan bila kita sedih.

Kawan pula adalah insan yang mengetahui sedikit sebanyak tentang isi hati kita tetapi itu juga tidak bermaksud kawan ini mengetahui segala perangai baik dan buruk kita. Kawan mungkin mengetahui perangai buruk kita dan mungkin juga insan yang bergelar kawan ini akan melakukan perkara tidak senonoh dibelakang kita seperti mengutuk, mengumpat dan mengeji kita dihadapan orang lain tetapi dihadapan kita, 'pijak semut pun tak mati'.

Rakan merupakan peringkat yang menghampiri sahabat namun mereka ini mengetahui hampir segala hal ehwal semasa kita. Tetapi perangai dan tingkah laku insan yang bergelar rakan hampir sama dengan kawan. Kita tidak boleh meletakkan sepunuh kepercayaan terhadap insan yang bergelar rakan kerana mungkin mereka yang bergelar rakan ini juga suatu hari nanti akan "belot" sekiranya pergaduhan tercetus.

Sahabat adalah insan yang paling mulia disisi. Insan ini akan menerima kita baik dan buruk, akan sentiasa berada disisi kita bila kita gembira dan juga sedih. Mereka jugalah antara yang paling boleh dipercayai selain daripada keluarga kerana bukan mudah untuk membentuk seorang sahabat yang sejati.

Sekian, sedikit nukilan dari hati yang sedang dingin dan membeku.

Friday, April 8

Bila Rasa Bersalah Menghantui Diri

Hurm.. Rasa malas bila berbicara pasal perasaan. Semua persoalan timbul bila hendak mula menaip pasal perasaan. Malangnya tidak ada sesiapa pun yang boleh memahami perasaan ini secara telus dan semestinya saya tidak akan membiarkan perasaan ini menguasai diri ini atau difahami oleh orang lain kerana semua orang tidak akan sama sekali memahami perasaan ini. 



Setelah bertahun melalui hidup penuh liku seorang diri, tidak mungkin dapat diwujudkan perasaan kasih dan sayang terhadap insan lain walaupun telah dicuba sepenuh hati. Semuanya bagaikan gagal ditengah jalan. Tidak mahu menyakitkan hati orang lain tetapi hati sendiri bagaikan dibiarkan terapung tanpa sebarang penjagaan serius. Kenapa perlu bertindak sedemikian? Tidak adakah jalan lain yang boleh mengubati hati ini? Dunia yang penuh dengan warna-warni, hanyalah kosong bagiku.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

(This "poem" I got from http://mizzatendiary.blogspot.com)

Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan
Air mata kerana ibu bapa 1 penghormatan
Air mata kerana kekasih 1 penyesalan
Air mata kerana Allah 1 keberkatan

Just For A While

I'm really sorry about what have I did to you. I can't just blame you because of the troublesome that I've made to you. I know that it was my mistake after all. I can't do anything to you now because of you past experienced taught you well about how a relationship should run and I also can't promise you anything about the future because I'm just a normal person like you. I'm not special and of course I can't see the future. 


For the time being, only for a month, the busiest month for the whole semester, I doesn't mean want to dumb you but I thought you should have time to focus on your study, your priority and I didn't expect my decision will make you feel uncomfortable. I'm really sorry for all my decision without telling you the truth of what I've did. It's just for a while and hope everything will back to normal after only a month. 


Thursday, April 7

Reality [現実]


Nani ga okorudeshou wareware wa keikaku o motte iru monode wa arimasen.

Anata no mondai o kaiketsu suru tame ni kono yona orokana hoho o toru hitsuyo ga naze desu ka? Sono koto wa, genjitsu no mono to naru baai ni nomi, watashi wa kangaete iru baai wa, tsuneni anata wa nani o suru ka ta no koto o kangae tsuzukeru.

Dono yo ni ta no kankei to dake wa, jinum jishin ni eikyo o ataeru yona hoho o toru hitsuyo ga arimasu ka do ka o motsu koto ga dekimasu?

Anata wa ta no akushon wa, dono yo ni anata no jinsei no saigo made kono sekai de ikinokoru koto ga dekiru mono o ukeireru koto wa dekimasen ka?

Watashi wa, anata dake wa, tsuneni anata no mondai o kaiketsu suru hoho o sentaku suru baai ni 
watashi-tachi no kankei wa, sarani iku to wa omowanai.


10 Ways to Fight Depression



Depression is a state of low mood and aversion to activity that can affect a person's thought, behaviour, feelings and physical well-being. It may include feelings of sadness, anxiety, emptiness, hopelessness, worthlessness, guilt, irritability or restlessness.

Depressed people may lose interest in activities that once were pleasurable, or suffer cognitive impairments (difficulty concentrating, remembering details, or making decisions). 

The ways that can fight depressions are:


  • cardio exercise
  • tai chi
  • eat protein
  • eat crabs
  • take a walk
  • play
  • window shopping
  • pamper yourself
  • play video games or watch a movie
  • yogic valium 

Kesan Radiasi Telefon Bimbit

Telefon bimbit merupakan salah satu gadget wajib yang perlu ada oleh setiap individu. Namun, sedarkah kita telefon bimbit lebih banyak memberikan keburukan daripada kelebihan dalam kehidupan seharian kita terutamanya dari segi kesihatan.

Penggunaan telefon bimbit ini tidak hanya terhad digunakan oleh golongan dewasa sahaja tetapi kebanyakan dari pengguna telefon bimbit zaman ini terdiri daripada kanak-kanak. Kurang pendedahan dan pengetahuan akan keburukan penggunaan telefon bimbit telah memberikan impak negatif terhadap penggunaan telefon bimbit.  Penggunaan terlalu kerap telah menyebabkan penggunanya mengalami masalah kesihatan yang kronik.

Antara kesan terhadap manusia:

  • merosakkan sel-sel darah
    • menurut kajian, gelombang yang dikeluarkan oleh telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dan meningkatkan tekanan antara sel-sel darah tersebut.
  • mengubah DNA manusia
    • DNA merupakan identiti semulajadi seseorang manusia. Menurut kajian makmal, gelombang yang dikeluarkan akibat penggunaan terlalu kerap boleh mencetuskan kecelaruan malah merosakkan struktur DNA.
  • mempengaruhi kualiti sperma
    • menurut penyelidakan yang telah dijalankan di Barat, telefon bimbit yang disimpan didalam poket seluar boleh mempengaruhi penghasilan sperma.
  • melemahkan daya ingatan - sinaran yang dikeluarkan oleh telefon bimbit boleh memburukkan dan memendekkan daya ingatan

Tuesday, April 5

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat Raja-Raja Melayu merujuk kepada 7 Wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

7 Wasiat Raja-Raja Melayu







  1. Kami namakan  dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara
  4. Kami kekalkan dna kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak selepas penyertaan kedua-dua buah negeri dalam Malaysia)

Mutiara Kata

Cinta kepada bunga akan layu, cinta kepada manusia akan berpisah jua tetapi cinta kepada Allah s.w.t akan kekal abadi.



Seseorang tidak akan menguruskan tanggungjawab yang benar dalam hidupnya walhal dia ibuk menguruskan tanggungjawab yang salah dalam hidupnya - Mahatma Ghandi.

Air mata membersihkan hati dari penyakit yang membenci dan mengajar manusia untuk tidak menderita dengan mereka yang patah hati - Odith.

Buah akal adalah ilmu pengetahuan, buah jiwa adalah iman dan buah fizikal adalah kemajuan.




Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

Nafsu menyatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal menyatakan wanita cantik pada ilmunya dan hati menyatakan wanita cantik pada akhlaknya.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia umpama kaca yang bersinar-sinat tetapi tidak berkerlipan.



Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar, shabat yang setia ibarat pewangi yang mengharum, sahabat sejati ibarat pendorong dan sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Sahabat yang baik akan bercakap benar dan bukan hanya membenarkan kata-kata.



Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik leka.

Usah dituruti emosi kerna implikasi tidak setaraf imaginasi.

Orang Aceh sedang sembahyang,
Hari jumaat tengah hari,
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandai menjaga diri.

Tuesday, March 29

Bersugi Untuk Cerdas

Ilmuan Islam berpendapat bahawa menjaga kebersihan gigi dengan menggunakan kayu sugi memberi kesan terhadap kecerdasan seseorang. Saidina Ali bin Abi Talin r.a. pernah berkata, "Ada tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham (lendirian dalam tubuh yang menyebabkan kelupaan dan kemalasan) iaitu bersugi, berpuasa dan membaca al-Quran".

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Bersugilah kamu, sesungguhnya didalamnya terdapat kebaikan untuk mulut dan keredhaan Allah s.w.t" -  hadis riwayat Ibnu Abbas r.a.



Beberapa buah hadis lain membincangkan dan menerangkan faedah-faedah membersihkan gigi dengan menggunakan kayu sugi. Pakar-pakar perubatan Islam dan ulama pula menyenaraikan kelebihan bersugi atau bersiwak. Antaranya:


  • mempertajamkan ingatan
  • menambahkan kecerdasan
  • menghilangkan balgham
  • menerangkan mata
  • memutihkan gigi
  • menghapuskan safra' (sejenis penyakit)
  • menghilangkan kekuningan pada gigi
  • menimbulkan selera makan
  • menghilangkan sakit gigi
  • menambahkan kefasihan lidah
  • menolong menghadam makanan

Walaubagaimanapun, kelebihan-kelebihab ini hanya akan diperoleh sekiranya kita mengamalkan bersugi dengan cara yang betul dan konsisten. 


Baik atau Buruk Pengamalan Kopi Harian

Kalau ikut buku-buku sains tulisan saintis dari Barat, kebanyakannya menyatakan keburukan kopi ini terhadap badan manusia. Tapi, kalau kita tengok awal-awal pagi lagi kebanyakkan bijak pandai Barat akan minum sekurang-kurangnya segelas kopi. Jadi, sejauh mana kebenaran keburukan minum kopi?


Antara kebaikan kopi adalah:


  • mengurangkan risiko penyakit Alzheimer
  • mengurangkan risiko penyakit Parkinson
  • meningkatkan memori jangka pendek dan funsi konigtif
  • mengurangkan risiko penyakit Diabetes
  • membantu mengurangkan sakit kepala dengan segera
  • antioksidaan yang sangat efektif
  • pelawas yang sangat baik untuk kencing
  • mengurangkan risiko penyakit hempedu

Kesimpulannya, segala kemusykilan pasal keburukan kopi ini adalah palsu semata-mata. Semua yang terkandung dalam kebanyakan buku sains adalah hasil tulisan penulis Yahudi yang tidak pernah jemu untuk memesongkan akidah umat Islam. Kopi ini adalah salah satu daripada amalan Rasulullah s.a.w. Kenapa kita nak berpegang teguh kepada ajaran yang bertentangan dengan ajaran Nabi kita? 

Rasulullah s.a.w sebelum pergi menyambut seruan Ilahi telah bersabda, "Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dia perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku".

Susu Kambing

Aku pernah dengar, ada orang cakap susu kambing ni tak bagus untuk kesihatan. Tak tahu la aku manusia mana yang bengong boleh timbulkan isu macam ni. Selama2 aku hidup, ni la pertama kali aku dengar susu kambing tak bagus. Celah mana info dia dapat, aku pun tak tahu.

Nak kata dia buat kajian, mungkin tak sebab kalau dia buat kajian mesti dia akan buktikan dengan kajian dia tu tapi, tak dak pun bukti sahih. Sekadar dari percakapan dan perbincangan sesama manusia (mulut ke mulut). Macam tak dak makna ja. urm..



Kalau waktu kecik2 dulu, ustazah aku penah cakap yang zaman Nabi dulu depa minum susu kambing. Sampai la zaman pasca kemerdekaan, sebelum wujud dan susu tepung menerjah masuk ke pasaran susu kambing dan lembu la orang2 tua minum.

Kalau nak bandingkan tenaga dan kesihatan orang2 tua yang minum susu lembu dan kambing dengan orang2 muda (kononnya) yang minum susu formula, aku rasa orang2 yang minum susu kambing dan lembu yang lagi sihat. Kurang masalah kesihatan. Kesimpulannya, susu kambing yang dikatakan tidak bagus untuk kesihatan hanyalah penipuan semata2 mungkin untuk melariskan produk susu formula yang lain. Tapi hakikat sebenarnya, susu kambing ni sangat bagus untuk kesihatan.

Soya: Bagus ke tak?

Kalau kita tengok kat mana2 risalah yang berkaitan soya nih, hampir semua cakap yang soya ni bagus. Bukan aku nak cakap soya ni tak bagus. Soya ni, kalau ikut kajian dari Barat bagus untuk kulit, tak kisah la untuk lelaki atau perempuan tapi adalah lagi bagus kalau soya ni tak dijadikan amalan sebab kalau kita tengok Nabi Muhammad s.a.w tak pulak cakap soya ni bagus (perlu dirujuk jika salah). Setiap kejadian Allah s.w.t mesti ada kebaikannya.

Tapi, kajian terbaru dari Barat menunjukkan soya ni tak bagus untuk diamalkan terutamanya oleh lelaki kerana soya ni boleh menyebabkan mengurangkan dan memberikan masalah kepada kesuburan lelaki. Soya ni juga dikatakan boleh meningkatkan risiko kanser prostat, kanser payudara dan kanser ovari.



Selain tu, soya ni juga boleh melemahkan otak dan tulang. Memang la kalau kita tengok dalam banyak2 buku, dia akan cakap yang soya ni bagus untuk manusia. Tapi, kalau kita kaji balik sapa pengeluar utama kacang soya.

Macam yang kita sedia tahu, nagara ni tak mungkin akan memburukkan product dia. Semua barang dari negara dia adalah yang terbaik. Tak penah sekali pn aku dengar dia cakap bahan dia tak bagus.

Sunday, March 27

Benda Paling Aku Tak Suka Bila Memandu

Banyak2 benda ada la beberapa benda yang aku tengok obvious gila manusia2 suka buat dan benda2 tu la yang paling aku benci. Macam diorang ni tak dak kesedaran sivik langsung.


  • Bila nak masuk selekoh or nak memotong, tak bagi signal - otak aku ngn pemandu2 lain bukan sama & macam la skung nih teknologi canggih gila boleh bagi isyarat pakai otak ja. Memang serabut la kalo betul macam tu. Macam mana la depa nih boleh lulus masa amek ujian JPJ dulu. Lesen terbang ke? hehehe....
  • Memandu secara berbahaya kat lorong2 gelap & sempit -  kalo dah tau diri tu bawak keta besar, slow2 la bila sampai kat lorong2 sempit. Bukan apa, keta lain kena mengelak sampai ada yg kena behenti sebab nak bagi laluan kat dia. Kalau dah tau tempat nih tak dak litar, bawa la keta kecik2 or bawa la slow2. Ni tak, dh la keta besar, bawa laju lak tu. Dah la tempat tu sempit gelap lak tu. Drive keta macam drive kat litar sepang. Kalau nak race pi la try kat sepang sana.
  • Bila behenti bagi laluan, pemandu yg diberikan laluan tak bagi apa2 respon - bukan apa, tu suma sebagai tanda menghargai jasa dan masa pemandu yang berhenti untuk memberikan laluan kat kita. Bukan kena bayar pun kalau angkat tangan atau angguk sket or bagi lampu (malam). Tak rugi apa2 pun. Nampak sangat depa ni memang betul2 tak dak kesedaran sivik. Awat la lambat sangat nak kena wujudkan matapelajaran sivik dalam exam. uhuhu..

Itu saja luahan hati dan perasaan untuk hari ni. Nanti kalau ada yang tak puas ati lagi, sini la tempat nak meluahkan. Nak luahkan kat orang, nanti orang cakap aku ni pelik lak. Tak pa la, luahkan kat sini pun tak pa la.

Saturday, March 26

Kenapa Si Jejaka Kadang-Kadang Dingin Dalam Cinta

Kaum adam mempunyai keinginan cinta yang mungkin jauh berbeza dengan apa yang diingini oleh kaum hawa. apatah lagi di saat wanita itu memerlukan cinta. Antara sebab-sebab utama:

  • Sang jejaka tidak yakin dengan cinta - Jejaka tidak yajin dengan perasaannya dan hubungan yang terjalin mungkin disebabkan pengalaman masa lalunya.
  • Takut dengan tohmahan - Isu sekeliling mungkin menjadi igauan lelaki untuk bercinta. Reaksi yang bakal diterima yan diberikan oleh masyarakat sekeliling seperti rakan-rakan dan ahli keluarga sebenarnya sangat mempengaruhi dan memberikan impak yang besar terhadap hubungan yang bakal dan mungkin terjalin.
  • Pengalaman zaman kanak-kanak - Si jejaka mungkin berasal dari keluarga yang kurang kasih sayang dari kedua ibu bapanya. Sewaktu kecil, si dia mungkin tidak mendapat kasih sayang daripada ibubapa yang mungkn sibuk bekerja mencari rezeki.
  • Tidak tahan dengan sikap mendesak -  Lelaki tidak suka untuk bercakap perkara yang dianggap remeh tetapi penting bagi wanita seperti, "you sayang I tak?". Sikap selalu mendesak boleh menyebabkan lelaki berfikir dua kali untuk menjalinkan hubungan.
  • Tidak suka dikongkong - Lelaki lebih suka kehidupan yang bebas, boleh pergi ke mana jua tanpa perlu memberitahu si dia. Kadang-kadang lelaki rimas sekiranya orang lain berada terlalu dekat dengannya kerana dia memerlukan ruang untuk dirinya sendiri.

Namun, jika si dia tidak menghubungi anda dalam masa sehari dua, jangan cepat berprasangka buruk terutama menuduhnya sedang menjalin hubungan dengan wanita lain. Ingat, lelaki mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya. Walaupun mereka terus bersikap sedemikian, tidak bermakna mereka tidak menyintai dan enggan bermesra dengan pasangan.

Friday, March 25

Experience?

Orang cakap, orang cakap bukan aku cakap, dalam sesuatu perhubungan tolak ansur sangat penting. Tapi, selalunya tolak ansur itu ditolak bulat2 kepada sang jejaka. Tiada sedikit pun rasa bersalah oleh kaum hawa. Tapi, apakan daya kerana itu adalah lumrah hidup didunia yang penuh dengan pancaroba ni.

Tak tau sapa yang salah, sapa yang perlu bertolak ansur tetapi dari pengalaman kawan2 aku, dua2 perlu bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Proses mengenali memang mengambil masa yang lama, sebab tu la orang tak terus kawen lepas kenal sehari. Proses "mengenali hati budi" la katanyer. hehe...

Tapi, macam betul juga apa yang dikatakan, proses mengenali hati budi tu yang penting. Kalau boleh bergerak seiring sejalan, dua pasang kaki melangkah naik ke pelamin. Kalau tak, berpisah la dua pasang kaki tu menuju ke haluan yang bertentangan.


Hari tak selalunya cerah, kadang2 mendung, kadang2 hujan. Macam tu la kehidupan harian kita. Hidup tak selalunya indah, perhubungan pun sama, ada pasang surut. Itulah kehidupan harian yang perlu kita tempuhi selagi nyawa dikandung badan. 

saya minta maaf

Saya minta maaf kalau saya ada buat awak terasa atau marah dengan tindak tanduk saya. Saya memang tak perasan kalau awak terasa. Bukan saya tak nak amek tahu atau bagi respon dengan segala percakapan awak tapi, saya tak pasti kalau respon yang bakal saya bagi boleh membantu awak. Saya tak mahu dikecewakan berkali-kali. Saya dah serik untuk sesuatu yang tidak pasti. Saya harap awak faham keadaan dan situasi saya kerana saya pasti awak juga pernah merasai perasaan yang sama. Saya minta maaf lagi. Kalau awak perlukan masa untuk mengubati luka awak tu, saya faham. Itu hak awak untuk mengubati hati awak. Saya minta maaf..

Wednesday, March 23

I | Me | Shafik

Dulu, masa awal-awal buat blog nih, kononnya banyak sangat idea siap tulis dalam buku lagi. Rancang macam-macam. Tapi, bila dah buat blog, semua tu macam tinggal kenangan jer. Buku tu pun hilang entah ke mana. haha...



Antara yang di-plan, nak wat blog yang berunsurkan kemanusiaan la, pasal haiwan la, tempat-tempat menarik kat dalam dan luar negara (tapi, aku ni jenis yang malas nak berjalan/melancong), info yang menarik (idea nak ambil dari info/kajian orang sbb aku ni x reti nak wat kajian sendiri, tapi, nampak cam meniru idea orang), macam-macam la idea yg di-plan pasal blog nih. Tapi, alih-alih, semua tu dah tak nampak bayang pun sebab kalau dah tulis dalam buku, malas dah nak salin balik masuk dalam blog nih. Biar la idea-idea tuh bersemadi dan kekal dalam buku tu.

Tapi, lepas pikir punya pikir, lagi bagus aku wat blog nih sebagai tempat untuk berkongsi kisah suka dan duka je la. Lagi senang dan memudahkan kerja. Tak payah nak pening-pening pikir ayat panjang-panjang, kena perah otak untuk karang ayat panjang. Mana-mana ayat yang terlintas, aku tulis jer la. haha....

Jadi, mulai hari ini, blog aku ni secara rasminya akan menjadi tempat untuk aku meluahkan perasaan. InsyaAllah, semua kisah aku akan dikongsi kat dalam ni. Tapi, kalau masa tak cukup, memang tak kan nampak la bayang aku kat dalam ni. hehehe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget